Laman Utama
Billie Eilish Tak Faham Kenapa Kena 'Cancel' Lepas Ubah Penampilan
Penyanyi terkenal Billie Eilish meluahkan rasa keliru dengan kehendak peminat dan masyarakat terhadap penampilannya.
Pemenang Grammy yang cukup terkenal dengan lagu Bad Guy sebelum ini gemar berbaju dan berseluar besar serta kelihatan ‘menyorokkan’ sisi femininnya.
Namun kini pada usia 21 tahun, Eilish mula berpenampilan lebih feminin.
Bagaimanapun apabila dia sudah tampil lebih feminin, dirinya sekali lagi dikritik. Penampilan Eilish dikatakan biasa dan tidak ada perbezaan dengan wanita lain.
“Saya habiskan masa lima tahun dalam karier dengan penampilan yang saya selesa dan kini ia dilepaskan kerana saya diberitahu agar menjadi lebih wanita.
“Sekarang apabila saya sudah selesa dengan penampilan feminin dan berubah, semuanya menjadi lain.
“Ada yang mengatakan ‘apa yang telah terjadi kepadanya? Eilish tidak ubah seperti yang lain’,” katanya seperti dilaporkan CNN.
Meski bengang dengan kritikan yang diterima, penyanyi tersebut seperti tidak mahu mendengar kemahuan mereka.
“Biarkan wanita wujud!”katanya ringkas.
Kenyataannya itu disokong oleh peminat dengan mengatakan wanita adalah individu yang multifungsi.
Sebelumnya pada tahun 2021, Eilish mengaku kehilangan sehingga 100,000 ribu pengikut di media sosial kerana perubahan penampilan.
Must-Watch Video