,
Laman Utama

Billie Eilish Bercinta Dengan Lelaki 11 Tahun Tua Darinya

Maliah Surip
21/10/2022
14:45 MYT
Spekulasi penyanyi kegemaran remaja masa kini, Billie Eilish bercinta ternyata bukan rekaan.
Penyanyi itu dilaporkan media memang sedang hangat dilamun cinta. Paparazi telah merakamkan detik manis Eilish keluar bersama kekasihnya dalam pelbagai kandid yang memaparkan kebahagiaan pasangan kekasih itu.
Eilish yang baru berusia 20 tahun menjalin cinta dengan lelaki 11 tahun lebih tua daripadanya.
Lelaki tersebut pula bukan sembarangan orang, tetapi merupakan vokalis kumpulan rock, The Neigbourhood, Jesse Rutherford. Dia kini berusia 31 tahun.
Menurut DailyMailUK, foto foto yang dirakamkan paparazi merupakan pertemuan atau dating kali kedua pasangan ini selepas pertama kali ‘tertangkap’ sedang makan di sebuah restoran Crossroads Kitchen.
Dalam pertemuan kedua ini, pasangan tersebut menikmati makan malam di sebuah restoran yang menyajikan masakan India, La Mirch.
Meski sedar diri mereka sedang diperhatikan, pasangan ini langsung tidak cuba menyembunyikan perasaan cinta antara satu sama lain.
Selain asyik ketawa, berpegangan tangan dan berpeluk, Eilish dan Rutherford juga dilihat bercium beberapa kali pada sepanjang malam.
Terdahulu, Eilish dan vokalis tersebut didakwa bercinta selepas ada peminat memuat naik aksi mereka berpegangan tangan di Universal Studios' Halloween Horror Nights.
Kredit Foto: Dailymail.co.UK
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.