,
Laman Utama

“Bila Cuaca Terlalu Sejuk, Suara Jadi Sengau” - Jaclyn Victor 3 Kali Masuk Studio, Ada Allergik…

Shahrin Zulkifle
15/08/2022
04:00 MYT
Penyanyi Jaclyn Victor mendedahkan dia berhadapan cabaran ketika merakamkan lagu terbaharu berjudul Perempuan apabila suaranya tidak berada dalam keadaan baik ketika sesi rakaman pada Jun lalu.
Jelas Jaclyn atau senang dengan panggilan Jac, proses rakaman Perempuan terpaksa dilakukan beberapa kali sehingga berjaya memperoleh hasil yang memuaskan oleh pencipta lagu berkenaan.
“Saya rekod Perempuan pada bulan Jun, mula-mula saya dengar demo saya dah jatuh cinta dengan melodi dan lagu ini agak mencabar.
“Ada dugaan yang saya ingin kongsikan, kali pertama waktu sesi rakaman, suara saya agak kasar disebabkan beberapa hari sebelum masuk studio saya ‘oversing’ (terlebih nyanyi), tapi pihak komposer minta teruskan juga.
“Selang beberapa hari saya kembali ke studio untuk buat sekali lagi rakaman lagu Perempuan, saya cakap dalam hati mungkin saya terlalu penat sehingga saya rasa lagu ini agak susah untuk dinyanyikan.
“Bila masuk kali yang ketiga barulah saya dapat kepuasan untuk lagu Perempuan ini, komposer pun puas hati dan kemudian hanya tunggu lagu itu diproses untuk disiapkan sepenuhnya,” kongsi Jac ketika ditemui Gempak baru-baru ini.
Sementara itu, Jac atau nama asalnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor menjelaskan, sejak beberapa minggu lalu dia menyedari ada perubahan berlaku pada dirinya apabila sudah tidak tahan kepada perksekitaran yang terlalu sejuk.
Justeru, Jac yang menganggap perkara itu sebagai satu penyakit alahan, dia segera mendapatkan khidmat nasihat pakar kesihatan kerana hal tersebut turut menjejaskan persembahan nyanyianya.
“Sekarang ini saya ada satu masalah baru yang baru saya notis empat hingga lima minggu lepas, kalau suasana terlalu sejuk suara saya bila nyanyi automatik jadi sengau.
“Bila ada jemputan nyanyian dekat beberapa rancangan, penghawa dingin yang dipasang agak kuat, saya memang tak tahan.
“Saya ada juga mendapatkan rawatan untuk pastikan keadaan saya ini baik atau sebaliknya, doktor cakap tidak begitu serius tetapi perlu buat rawatan susulan. Doktor ada bagi juga beberapa ubat untuk saya makan.
“Sekarang ni saya akan lebih sensitif dengan keadaan sekeliling saya supaya kesihatan saya terjaga dan begitu juga suara saya,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Jac bakal tampil di Konsert Rakyat Melaka anjuran Jojo Events pada 3 September depan. Selain Jac, turut memeriahkan konsert dengan penampilan penyanyi Datuk Ramli Sarip, Datuk Jamal Abdillah, Ella, kumpulan Alleycats, Datuk DJ Dave, Kugiran Masdo, Ernie Zakri dan Syamel.
Konsert yang bakal diiringi secara orkestra dari Institut Warisan Melaka itu akan diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC) bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.
Tiket Konsert Rakyat Melaka berharga antara RM50 dan RM100 sudah mula dijual bermula 10 Ogos, menerusi RedTix.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.