,
Hiburan

Bila Badrul Bicara: Adakah Tahun 2020 Akan Berlaku Lambakan Deepfake Dalam Industri Seni?

Badrul Hashim
13/12/2019
06:18 MYT
Kalau dulu perkataan 'persis' sering digunakan di dalam lirik lagu, tapi kini ianya sudah sinonim dengan gambar-gambar serta video-video tak senonoh yang tersebar.
Entahlah, saya pun sebenarnya penat nak menulis benda-benda sama berulang. Ya, mesti orang akan cakap, tak payahlah tulis! tapi kalau tak tulis, nanti seolah-olah melepaskan pulak cerita yang sedang diperbincangkan sekarang. Nanti orang kata ketinggalan zaman.
Perkataan terbaru yang mungkin tak berapa nak baru adalah 'Deepfake'. Untuk orang yang tidak tahu apa itu deepfake, ia adalah pengubahsuaian wajah menggunakan aplikasi yang ada seperti ZAO. Aplikasi ini dilihat jauh lebih canggih hingga membuatkan Face App nampak seperti ketinggalan.
Untuk pengetahuan aplikasi ZAO menggunakan teknologi 'deepfake' dengan bantuan Atificial Intelligence (AI) yang mampu menggantikan wajah individu persis atau sesiapa sahaja dalam sebuah klip video.
Hasilnya? Seperti imej janaan komputer (CGI) dalam filem yang sangat realistik! Saya letakkan satu contoh bagaimana pemuda ini menukarkan wajah Leonardo DiCaprio kepada wajahnya sendiri.
Here's an example of me as DiCaprio (generated in under 8 secs from that one photo in the thumbnail) ? pic.twitter.com/1RpnJJ3wgT— Allan Xia (@AllanXia) September 1, 2019 Persoalannya, adakah apa yang kita lihat selama ini yang dikongsi di sosial media hanyalah deepfake? Malah kebanyakan video ini pula hanya melibatkan artis-artis lelaki di Malaysia. Belum dengar lagi pengkhabaran tentang video deepfake artis wanita. Entah, saya tak pasti!
Lalu bagaimana industri kita akan meniti tahun 2020 nanti? Adakah kita akan dihidangkan dengan lebih banyak video-video tidak senonoh dan dianggap deepfake sebagai satu alat menghayalkan peminat-peminat?
Wallahualam. Saya sendiri tidak tahu, tetapi saya sangat berharap supaya deepfake atau tidak, artis-artis kita lebih tahu keupayaan bakat mereka adalah lebih penting untuk menaikkan industri kita yang makin tenat, dan bukannya apa yang ada di celah kelangkang.
Salam Jumaat dan jumpa lagi!
Nota: Gambar sekadar hiasan semata-mata.
Bila Badrul Bicara
Kredit Gambar: Instagram
Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Ancaman Deepfake AI Wajah Artis Lebih Bahaya Daripada Mesej ‘Nakal’” - Nazrief Nazri

gempak
04/09/2024
04:25 MYT
Waspada dengan ancaman deepfake pelakon Nazrief Nazri menganggap ia sebagai perkara yang cukup bahaya dan perlu diatasi pihak kerajaan.
Laman Utama

#BilaBadrulBicara: Eh, Bukan Dengki, Tapi Biarlah Berkualiti. Alaaahhh, Followers & Likes Boleh Dibeli!

gempak
23/03/2021
03:50 MYT
Bila Badrul Bicara, Izara Aishah, Rita Rudaini, Influencer, Pelakon
Gaya Hidup

Bila Badrul Bicara: Sihat Tak Perlu Pakai Mask - Saya Paranoid, Saya Tetap Pakai!

gempak
02/04/2020
23:30 MYT
Hiburan

Bila Badrul Bicara: Ramai Je Selebriti Yang Tolong Aqish, Tak Perlu Mereka Nak Canang! Yang Penting, Apa Boleh Pihak Berwajib Lakukan?

gempak
15/01/2020
02:08 MYT
Hiburan

Mungkin Tiada Lagi Video Deepfake Selepas Ini, Facebook Lancar 'Perang' Habis-Habisan Menerusi...

gempak
09/01/2020
08:30 MYT