BIG STAGE ALPHA
#BigStageAplha: Daniel Sher Tak Tersinggung Persembahan Fiction Dikata Feminin - “Semua Orang Ada…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Daniel Sher mengakui tidak terasa hati apabila persembahan kumpulannya pada minggu kelima dikritik segelintir pihak kerana kelihatan feminin.
Jelas Daniel, meskipun lagu Fiction nyanyian asal Beast itu mempunyai rentak yang rancak ia masih memerlukan penyampaian emosi yang lembut dan penuh penghayatan.
"Saya tak terasa hati sebab saya rasa itu cabaran untuk saya untuk bawakan persembahan itu, lagi pun itu hanya menari sahaja.
“Kalau kami tukar tarian itu meskipun rentak dia upbeat lagu tu masih ada part soft dia,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Daniel yang merupakan anggota kumpulan Alpha Ultra bersama Araff, Allan Andersn, Ray-D dan Awient percaya mereka telah memberikan persembahan terbaik bagi menyampaikan mesej lagu berkenaan.
Sebagai penyanyi, Daniel juga sedar bahawa dia tiada kuasa untuk menghalang orang ramai daripada menyampaikan pendapat mereka.
"Bagi saya kalau nak cakap ianya feminim saya rasa sebenarnya ia lebih kepada persembahan bagaimana yang kita akan bawa, kami kena bawa perasaan itu. Apa yang jadi atas pentas hanya di atas pentas sahaja sebab ini adalah satu persembahan.
"Tapi kalau masih ada yang menganggap perkara itu sebagai feminim terpulang kepada mereka sebab semua orang ada pendapat masing-masing, tapi bagi saya ianya adalah sekadar persembahan sahaja," tambahnya.
Saksikan video temu bual penuh di Gempak.com!
Must-Watch Video