gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
"Gelaran Boleh Berubah, Maruah Tidak" - Wanita Sebak Terserempak Bekas Guru Besar Kutip Kotak Pada Usia 81 Tahun
HIBURAN
Song Ji Hyo Kongsi Cabaran Kerja Jadi Penyelam Di Pulau Jeju - “Melangkau Imaginasi! Tanpa Tangki Oksigen, Menyelam 20 Meter Dalam Laut…”
HIBURAN
Boyz II Men Hidupkan Semula Kenangan R&B 90-an Di Mega Star Arena
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Tiada Penyingkiran, Datuk Syafinaz Selamat Mohon Peserta Peka Tentang Markah Berkumpulan - “Ada Yang Memberi…”

gempak
Ainun Md Zooki
26/05/2025
04:57 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Tiada Penyingkiran, Datuk Syafinaz Selamat Mohon Peserta Peka Tentang Markah Berkumpulan - “Ada Yang Memberi…”
Ketua juri Big Stage Alpha (BSA) Datuk Syafinaz Selamat mendedahkan sebab tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu kelima.
Menurut Syafinaz, keputusan untuk tidak menyingkirkan mana-mana peserta pada minggu berkenaan adalah sepenuhnya dibuat oleh pihak produksi.
“Untuk minggu ini tiada penyingkiran disebabkan itu adalah keputusan dari pihak produksi sepenuhnya.

“Kalau berdasarkan sepenuhnya markah juri, boleh nampak Afiq Sky, Awient dan Allan Andresn paling rendah dan tidak memberi persembahan yang menarik pada minggu ini,” katanya kepada Gempak.

Syafinaz juga menyatakan ada juga beberapa peserta masih yang tidak menunjukkan impak sewaktu persembahan solo, sebaliknya lebih menyerlah ketika persembahan secara berkumpulan.
“Ada yang memberi secara berkumpulan dan ada yang tidak memberi pada persembahan solo,” jelasnya.
Bagaimanapun, ketua juri itu berharap agar peserta BSA ini peka tentang permarkahan mereka dan masih menekankan bahawa markah berkumpulan itu sangat tinggi dan bukanlah dari persembahan secara solo.
“Saya harap mereka ini akan sedar bahawa markah berkumpulan itu sangat besar iaitu 60 peratus. Kalau kita lihat markah Allan. Kalau secara solonya markah dia sangat tinggi tapi bila tengok markah akhirnya yang ditambah dengan markah berkumpulan, markah dia sangatlah rendah.

“Jadi, persembahan solo itu tidak menjaminkan awak akan terus berada di atas atau tidak terkeluar.

“Mereka kena berhati-hati sebab saya rasa masih ada peserta yang hanya fokuskan pada persembahan solo sahaja,” tegasnya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Allan Andersn, Awient & Afiq Sky Tarik Nafas Lega, Tiada Penyingkiran Di Minggu Kelima

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Rizal Rashid Dedah Pernah Pegang Gelaran Pemain Gulintangan Terbaik Di Brunei - “Ramai Yang Tak Tahu”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Alami Dehidrasi Melampau, Araff Kongsi Detik Hampir Pengsan - “Tekanan Darah Saya Pada Ketika Itu Adalah…”

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
#Penyingkiran
#Datuk Syafinaz Selamat
#tiada
#Big Stage Alpha
Must-Watch Video