BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Pernah Impi Jadi Macam BTS, Ray-D Bangga Debut Bersama A7PHA - “Saya Memang Nak…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ray-D meluahkan rasa syukur dan bangga apabila berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang ahli kumpulan lelaki baharu, A7PHA.
Menurut Ray-D atau nama sebenarnya Ariff Hilmy Muhammad Amir sebagai peminat muzik K-Pop peluang untuk debut dalam sebuah boy group ibarat impian menjadi kenyataan.
“Kalau ikutkan sebelum ini saya banyak masuk pertandingan nyanyian solo tapi kalau nak tanya pasal impian saya memang nak berada dalam sebuah boy group sebab saya memang minat K-Pop daripada kecik jadi saya nak jadi macam BTS, Bing Bang.
“Alhamdulillah, mimpi saya sudah menjadi satu kenyataan, telah terbentuknya satu Alpha. Saya berharap Alpha akan menjadi satu fenomena di dalam industri muzik Malaysia dan kami boleh bertahan lama,” katanya kepada Gempak.
Meskipun berada dalam satu kumpulan, Ray-D akui dia tetap menyimpan hasrat untuk bergelar juara.
Bagaimanapun, dia tetap bersyukur apabila memperoleh rezeki mendapat gelaran Naib Juara untuk program hiburan tersebut.
“Untuk minggu akhir ini memang saya nak kejar sebenarnya ranking nombor satu meskipun kita tahu kita dalam satu kumpulan di finale sudah tentu kita nak nombor satu.
“Tapi bila saya tengok setiap persembahan daripada rakan-rakan tadi saya kurang yakin dengan kedudukan saya sebab dengan markah solo saya tak berapa nak tingggi sangat berbanding dengan bintang lain jadi saya rasa untuk berada di Top 3 agak susah tapi alhamdulillah rezeki Allah sudah berikan kepada saya untuk rangkul naib juara,” katanya
Ray-D juga dikenali dengan kebolehannya dalam bidang tarian, menjadikan persembahannya sentiasa bertenaga dan bervariasi sepanjang lapan minggu bersaing di pentas Big Stage Alpha.
Namun begitu, penyanyi berusia 23 tahun itu turut meluahkan rasa sebak apabila perlu meninggalkan pentas yang banyak mencorakkan dirinya sebagai penyanyi.
“Saya sedih sebab banyak kenangan yang saya tinggalkan di atas pentas ini, jadi saya nak ucap terima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang lapan minggu saya berada di sini,” ujarnya.
Membawakan lagu That That dan Run nyayian asal BTS bersama Alpha Ultra, Ray-D berjaya memperoleh markah sebanyak 71.62 peratus sekali gus memberi tuah kepadanya untuk bergelar Naib Juara Big Stage Alpha.
Kemenangan itu, memberikan Ray-D untukmembawa pulang wang tunai bernilai RM20,000.
Sementara itu, Ariel Fesol diumumkan sebagai juara Big Stage Alpha dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 serta trofi sumbangan Astro.
Manakala tempat ketiga jatuh kepada peserta asal Brunei iaitu Rizal Rasid.
Must-Watch Video