BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Juri Guna Imuniti X Untuk Afiq Sky! Allan Andersn & Awienit Tersingkir Di Suku Akhir
Bintang Big Stage Alpha (BSA) Awienit dan Allan Andersn terpaksa mengucapkan selamat tinggal selepas diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu suku akhir.
Awienit gagal menambat hati juri menerusi persembahan yang membawa lagu Rumah Singgah dari penyanyi asal, Fabio Asher.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat, keluarga, kawan kawan saya dan juri kerana sokong perjalanan saya di Big Stage Alpha,” kata Awienit.
Selepas Awienit, nama Afiq Sky diumumkan sebagai bintang yang tersingkir namun juri membuat keputusan untuk menggunakan Imuniti X bagi menyelamatkan peserta termuda itu.
Disebabkan itu, Allan Andersn terpaksa disingkirkan.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang sentiasa menyokong saya serta juri juri yang sentiasa memberikan pengajaran buat saya,” kata Allan Andersn.
Sementara itu, persembahan cukup memukau dari Ariel Fesol berjaya menjadikannya juara untuk minggu keenam diikuti rapat oleh Izat ibrahim dan Ray-D.
Anugerah ikon Perfume Paradise untuk minggu keenam pula dimenangi oleh Daniel Sher.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video