gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nora Ariffin Tak Mampu Ramal Bercerai Atau Tidak - “Saya Tak Boleh Terlalu Emosi”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Afiq Sky Tertekan Lolos Ke Pusingan Separuh Akhir - "Makin Senang Untuk Berada Di Bottom Three"
HIBURAN
“Saya Pernah Terberak Atas Pentas Di China, Tiada Siapa Tahu Kecuali...” - Jessie J
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Awienit Reda Tak Terima Imuniti X Daripada Juri - “Afiq Sky Lebih Layak Sebab…”

gempak
Ainun Md Zooki
02/06/2025
12:35 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Awienit Reda Tak Terima Imuniti X Daripada Juri - “Afiq Sky Lebih Layak Sebab…”

Bintang Big Stage (BSA), Awienit mengakui tidak mengambil hati apabila juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat tidak menggunakan Imuniti X untuk menyelamatkannya daripada tersingkir di minggu suku akhir.

Bagi Awienit, Afiq Sky lebih layak menerima peluang kedua memandangkan kehadiran peserta muda itu di dalam program tersebut boleh mencapai objektif utama BSA iaitu untuk menubuhkan sebuah kumpulan lelaki.
“Sejujurnya, saya tidak terasa hati langsung kerana untuk boy group Afiq Sky jauh lebih sesuai dari saya sebab tujuan pertandingan ini adalah untuk tubuhkan boy group.

“Afiq Sky is very good person untuk ada dalam group compare dengan saya,” katanya kepada Gempak.

Walaupun perjuangannya dalam BSA terhenti, Awienit tetap yakin bahawa Afiq Sky mampu menyerlahkan bakatnya dalam pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, dia berharap agar keputusan juri menggunakan imuniti tersebut digunakan pada orang yang betul.

“Bila juri menggunakan imuniti x dekat Afiq Sky, saya sangat gembira sebab saya nak tengok adik saya itu melonjak menjadi salah seorang ahli kumpulan Alpha pada masa akan datang,” jelasnya.

“Saya rasa Imuniti X ini memang kena guna sebab imuniti ini hanya sekali sahaja perlu digunakan dan imuniti ini juga perlu digunakan pada orang yang betul,” ulasnya.

Topic Berkaitan
#Juri
#Reda
#x
#Imuniti
#Big Stage Alpha
#Awienit
Must-Watch Video