BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Ariel Fesol Akui Tertekan, Suara Masih Belum Pulih Sepenuhnya -”Terlalu Banyak Ubat & Ikhtiar Yang Saya Lakukan Sehingga Tukar…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ariel Fesol akui sedikit tertekan apabila mengalami masalah suara sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berikan persembahan semasa menyampaikan lagu Rahsia Tuhan nyanyian asal Noh Salleh.
“Saya sebenarnya tidak sakit. Suara saya hilang dan sampai ke hari ini pun suara saya tidak pulih dengan sepenuhnya. Kita tahu suara kita macam mana kan dan saya tahu sebelum saya masuk BSA ni suara saya macam mana.
“Selepas saya berjaya masuk program ini, saya perasan suara saya makin hari makin tiada. Tapi, saya rasa sekarang ini suara saya dalam proses pemulihan walaupun ada hari suara saya ada dan tiada.
“Sebenarnya agak tertekan sebab suarakan instrumen terpenting untuk pertandingan nyanyian, jadi ia sedikit sebanyak menganggu saya. Jadi saya kena fikir strategi lain untuk selesaikan tugasan dengan baik,” katanya kepada Gempak.
Pada masa sama, Ariel atau nama sebenarnya Muhammad Fhazrill Fesol turut berkongsi dimana dia sempat mendapatkan tip daripada Amir Masdi yang hadir ke Kampus Big Stage untuk berkongsi pengalaman bersama para bintang BSA.
“Saya tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan Datuk Syafinaz secara personal. Tapi tadi saya ada sesi bersama penyanyi, Amir Masdi. Saya ada bercakap dengan dia mengenai masalah yang dialami oleh saya dan saya juga menerima beberapa tips dari Amir. Insya Allah saya akan cuba,” jelasnya.
Bagaimanapun, bintang yang berusia 27 tahun itu juga berkongsi sudah mencuba pelabgai cara untuk memastikan peti suaranya dijaga dengan baik sepanjang pertandingan berlangsung meskipun ia agak tidak membantu.
“Terlalu banyak ubat dan juga ikhtiar yang saya lakukan sehingga saya tukar air minum saya ke air minuman yang mahal tapi masalah itu masih tidak dapat diselesaikan,” kongsinya.
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Daniel Sher Akui Perbezaan Umur Bukan Penghalang Tapi Kerjasama Penting - “Ada Yang Baik & Buruk Tapi Semuanya…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Terharu Dapat Pujian Daripada Ajai, Daniel Sher Kekal Kedudukan Pertama - “ Saya Sedikit Emosi Sebab…”
BERITA BERKAITAN: Rina Rose Sakit, Elly Mazlein Sempat Usik Hael Husaini Nyanyi Lagu ‘Di Pintu Syurga’ Antara Momen Minggu Kedua BSA
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ashmirul Reda Dengan Keputusan, Kurang Keyakinan Punca Pulang Awal - "Saya Sedikit Kecewa Bila..."
Sekadar info, Ariel Fesol berjaya merampas kedudukan tempat kedua di minggu kedua dari Rizal Rasid dengan markah keseluruhan, 72.25 peratus.
Untuk minggu kedua, 12 peserta BSA diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Akim Ahmad dan Ajai
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video