BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Air Mata Ariel Fesol Gugur, Syukur Diberikan Peluang Kedua - “Saya Datang Ke Sini Dengan Membawa…”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ariel Fesol akui tidak dapat menahan sebak selepas namanya diumumkan berada dalam kelompok tiga terbawah bersama Allan Andersn dan Afiq Sky.
Jelas Ariel atau nama sebenarnya Muhmamad Fhazrill Fesol, 27, dia agak kecewa kerana tujuannya menyertai pertandingan ini adalah untuk mengejar kembali impian yang telah ditinggalkan beberapa tahun dahulu.
"Sudah semestinya saya kecewa, macam saya cakap saya datang ke Big Stage ini dengan membawa impian yang besar. Lebih kecewa sebab minggu ini buat pertama kali ayah saya datang untuk lihat persembahan saya. Dia selalu kata yang dia rindu nak tengok saya perform.
"Parents saya adalah orang yang melihat bakat saya waktu saya kecil jadi bila mereka datang dan lihat saya di bottom three serta diumumkan sebagai perserta yang tersingkir sudah semestinya saya sedih. Saya dah cuba kawal tapi gagal,sebab itulah saya tak pandang atas.
"Tapi syukur alhamdulillah, saya terima ini merupakan salah satu rahsia tuhan yang saya tidak tahu selama ini tetapi harini telah terjawab soalan di minggu ini. Mungkin saya terleka dan menganggap ini sebagai satu tamparan yang hebat untuk saya menjadi seorang penghibur yang baik pada masa akan datang,”katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Ariel juga berkongsi menerima kata-kata semangat daripada ayahnya selepas program itu berakhir.
Menurut Ariel mesej yang diberikan membuatkannya sedikit emosi namun tetap bersyukur kerana menerima sokongan daripada keluarga dan juga peminat.
“Saya juga sempat membaca mesej dari ayah saya. Mereka tetap bangga dengan saya. Syukur Alhamdulillah itu sahaja yang saya boleh katakan.
“Ini apa yang ayah saya cakap, apa apa pun syukur alhamudlillah. Bagi abah, adik (Ariel) tetap lakukan yang terbaik. Abah enjoy malam ni. Insya Allah, Abah tetap sokong jatuh bangun adik.
“Saya tidak boleh baca mesej macam ni sebab saya rasa sebak. Saya hargai kehadiran semua orang yang datang tengok saya perform dan sentiasa sokong saya. Semangat mereka jugalah membuatkan saya berdiri dimana sekarang,” kongsinya.
Sekadar info, Ariel Fesol berada dalam kelompok tiga terbawah bersama Allan Andersn dan Afiq Sky.
Membawakan lagu Titian Perjalanan nyanyian asal XPDC, Ariel Fesol hanya memperoleh markah 64.10 peratus daripada barisan juri.
Untuk minggu ketiga, 10 peserta BSA yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan Hael Husaini serta juri jemputan, Jaclyn Victor dan Ajai.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu serta dipancarkan secara terus menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video