gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Kami Taktahu Apa-Apa" – Tular Video Live Sebut Nama Amira Othman Sebagai Isteri Fattah Amin, Shahida Mohon Maaf Secara Terbuka
HIBURAN
"Saya Suka Tengok Industri Kreatif Korea Selatan Berkembang" - Jasmine Suraya Rayu Kerajaan Sedia Dana Khas
HIBURAN
Aqil Zulkiflee Syukur Isteri Hamil Lima Bulan - “Dapat Tahu Ada Baby Pun Lepas Skydiving Dekat Dubai”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Ada Sebab Datuk Syafinaz Selamat Kembalikan Imuniti X Kepada Peserta! - “Saya Rasa Takut Kita Akan...”

gempak
Ainun Md Zooki
20/05/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Ada Sebab Datuk Syafinaz Selamat Kembalikan Imuniti X Kepada Peserta! - “Saya Rasa Takut Kita Akan...”
Ketua juri Big Stage Alpha (BSA) Datuk Syafinaz Selamat menjelaskan keputusan untuk mengembalikan Imuniti X dalam musim kali ini.
Jelas Datuk Syafinaz, keputusan tersebut dibuat kerana pihak juri tidak mahu terlepas bakat-bakat besar yang mungkin hanya kurang menyerlah pada minggu tertentu, namun sebenarnya berpotensi besar untuk melangkah ke pentas akhir.

“Saya mengharapkan sekiranya kalau ada orang yang semua juri rasa ada salah seorang peserta BSA ada potensi untuk ke pentas akhir, saya rasa kita takut, kita terlepas peluang itu tapi bila adanya imuniti X itu menjadi susahnya,” katanya kepada Gempak.

Sebagai contoh, dia menyebut nama salah seorang peserta iaitu Ariel Fesol yang hampir tersingkir minggu lalu, namun dia telah menunjukkan peningkatan ketara dalam minggu keempat.
“Macam yang saya katakan, saya takut ada yang terlepas macam Ariel Fesol minggu lepas kalau kita tengok minggu ni kita nampak banyak improvement yang dia buat pada minggu ni,” jelasnya.
Pada masa sama, Syafinaz berharap para peserta lebih peka terhadap setiap teguran yang diberikan sama ada di atas pentas mahupun secara peribadi di belakang tabir.
“Saya mengharapkan kalau diberikan peluang, mereka sendiri kena menilai markah mereka dari minggu ke minggu.

“Mereka kena tengok apa yang ditegur. Kadang kadang mungkin tidak ditegur di depan pentas tapi ditegur belakang pentas.

“Misalnya, saya sendiri ada pergi berjumpa mereka di belakang pentas dan saya nasihatkan mereka tapi minggu depannya masih sama dan tiada perubahan. Jadi, bahayanya disitulah,” katanya.
Bagaimanapun, Syafinaz menegaskan sekali lagi kepada peserta dimana pertandingan ini mencari sebuah kumpulan. Oleh itu, dia berharap agar mereka tidaklah bertanding secara solo tetapi berkumpulan.
“Pada akhirnya, mereka kena ingat ini bukan pertandingan individu tapi berkumpulan. Bila berkumpulan, komitmen sangat dititikberatkan,” tegasnya.
Untuk makluman, Imuniti X hanya boleh digunakan oleh pihak juri, di mana mereka berhak menyelamatkan salah seorang daripada tiga peserta BSA yang bakal tersingkir pada minggu tersebut.
Namun, sebagai gantinya pihak juri perlu menyingkirkan salah seorang peserta lain yang berada di kedudukan tiga terbawah.
Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
#Peserta
#Datuk Syafinaz Selamat
#Imuniti X
#Big Stage Alpha
Must-Watch Video