,
Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Saya Tak Dilahirkan Dengan Kekuatan Vokal…” - Meer Nash Akan Usaha 10 Kali Ganda Perbaiki Kelemahan

Mya Amri
29/05/2023
05:50 MYT
Bintang Big Stage 5 (BS5), Meer Nash sedar sebagai seorang penyanyi dirinya masih lagi lemah dari segi kekuatan vokal.
Disebabkan itu, Meer Nash berkata dia tidak akan berputus asa untuk memperbaiki kemantapan vokalnya seperti yang dinasihati juri tetap, Ajai.
“Saya masih lagi mencari hala tuju muzik saya sebagai seorang penyanyi. Saya dah cuba macam-macam dan belum jumpa lagi muzik yang buat saya selesa. Tapi kalau tanya jiwa saya, saya lebih suka balada terutama sekali genre balada Indonesia.
“Saya hanya boleh katakan kadang-kadang ada orang memang dilahirkan dengan kekuatan vokal yang bagus tapi bukan saya.
“Saya tidak dilahirkan dengan kekuatan vokal. Jadi saya harus bekerja lebih keras 10 atau 100 kali ganda berbanding dengan orang lain.
“Saya kena tahu yang saya seorang di atas pentas, saya tidak ada kumpulan yang nak tolong saya. Sebab itu saya perlu kerja keras dan saya akan belajar lagi apabila di luar nanti,” jelasnya ketika ditemui Gempak.
Meer Nash berkata demikian selepas selesai konsert keempat Big Stage 5 pada Ahad.
Mengulas mengenai penyertaannya dalam Big Stage 5, Meer Nash berkata dia banyak menimba ilmu walaupun rezekinya hanya bertahan selama empat minggu dalam program berkenaan.
“Sepanjang empat minggu berada dalam Big Stage 5 ini saya berpuas hati. Dulu masa kecil saya selalu salahkan diri saya kalau tidak buat yang terbaik.
“Tapi bila sekarang, saya fikir balik segala apa yang saya dah buat adalah apa yang saya mampu. Kenapa saya nak salahkan diri saya.
“Jadi saya terima segala kekurangan dan saya cuba melakukan peningkatan sepanjang empat minggu di Big Stage ini seperti yang dinasihatkan abang Ajai,” jelasnya.
BACA: #BIGSTAGE5: Meer Nash Ada Pakej Lengkap Tapi Kurang Pada Vokal, Ajai Kata Boleh Usaha! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Terdahulu, Meer Nash menjadi bintang ketiga yang tersingkir di Big Stage 5 selepas berada di kedudukan tiga terendah bersama Farhan Shah dan Firdaus Rahmat.
Bertemakan Hari Jiwa Galau, 11 bintang Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Datuk Syafinaz.
Pentas Big Stage 5 diserikan lagi dengan kemunculan pempengaruh, Ceddy Ang sebagai Presiden Netizen. Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Manakala bintang yang tersingkir adalah Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Bulan Asyraff Teratas, Seorang Peserta Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Kelima Semua Peserta

gempak
25/08/2024
21:55 MYT
Peserta Bulan Asyraff unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu kelima Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang Punca Atlet Perancis Tersingkir

gempak
05/08/2024
05:55 MYT
Atlet lompat bergalah Perancis, Anthony Ammirati, melihat impiannya di pentas Sukan Olimpik Paris berakhir dengan faktor yang tidak masuk akal.
the-hardest-singing-show

THSS: Menjadi Yang Pertama Tersingkir, Kaka Azraff Gembira Dapat Cuba Banyak Benda - “Ini Bukan Pengakhiran”

gempak
03/06/2024
01:55 MYT
Konsert minggu keempat The Hardest Singing Show (THSS) telah menyaksikan Kaka Azraff telah menjadi peserta pertama yang tersingkir.
Hiburan

COËX Bereksperimentasi Lagu Irama Tradisional - "It Has Always Been Our Identity"

gempak
18/05/2024
11:55 MYT
Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.