,
Terkini

#BIGSTAGE5: Naufal Azrin Tersingkir, Meer Nash Terselamat! Semak Markah Penuh Setiap Peserta

Amri Hassan
21/05/2023
16:20 MYT
Penyanyi Naufal Azrin akhirnya menjadi peserta kedua tersingkir daripada rancangan realiti hiburan popular Big Stage 5.
Naufal, 23, yang popular menerusi lagu Casablanca (duet bersama Nuha Bahrin) gagal diselamatkan selepas juri menggunakan Imuniti X minggu lepas, menyingkirkan Isaac Voo.
Naufal yang menyanyikan lagu Only (Lee Hi) gagal menambat hati juri untuk terus bertanding di pentas Big Stage.
“Kali kedua dapat bottom three, terima kasih kepada semua yang menyokong saya.
“Doakan saya agar dapat memberikan yang terbaik di luar sana,” kata Naufal.
Bertemakan Asmaraloka, 12 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan, Ernie Zakri.
Putera Muhammad memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional. Pemenang membawa pulang wang tunai RM3,000.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan markah oleh juri profesional.
1. Waode - 90.67% 2. Putera Muhamamd - 86.67% 3. Nadeera Zaini - 79.33% 4. Hoondoo - 76.00% 5. Farhan Shah - 71% 6. Puteri Khareeza - 66.33% 7. Aufahanie - 65% 8. Dem Lepak Boysz - 64.67% 9. Firdaus Rahmat - 64% 10. Naufal Azrin - 62.33% 11. Coex - 58.33% 12. Meer Nash - 57.33%
Pertandingan ‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
‘Big Stage 5’ akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

COËX Bereksperimentasi Lagu Irama Tradisional - "It Has Always Been Our Identity"

gempak
18/05/2024
11:55 MYT
Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.
Hiburan

"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini

gempak
27/04/2024
07:50 MYT
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Hiburan

Dikecam Letak Bayaran Untuk Acara Iftar Bersama, Ini Respons Meer Nash - “Saya Tak Pernah Ambil Pisau Paksa Awak Join”

gempak
18/03/2024
08:55 MYT
Meer Nash dikecam netizen.
Laman Utama

Rina Nose Mengaku Pernah Down, Jadikan Kutukan Netizen Sebagai Konten

gempak
06/12/2023
14:50 MYT
Rina Nose memang cukup terkenal dengan perkongsian video tutorial dirinya melakukan solekan sendiri.
Laman Utama

Penata Gaya Dakwa Pengurus Songlap Duit, Nadeera Zaini Buat Laporan Polis!

gempak
30/09/2023
08:50 MYT
Nadeera Zaini tampil membuat laporan polis pada Jumaat terhadap seorang penata gaya ekoran mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dan pengurus, Zizi Hadid.