,
Laman Utama

#BIGSTAGE5: “Kami Suka Orang Tak Suka Apa Kami Pakai” - Dikatakan Seksi, Coex Tak Nak Hipokrit

Mya Amri
08/06/2023
02:50 MYT
Sering kali gaya pemakaian bintang Big Stage 5 iaitu kumpulan girl group, Coex menjadi perhatian netizen kerana dikatakan agak seksi dan menjolok mata.
Malah disebabkan cara pemakaian mereka juga, Coex yang dianggotai oleh lima anak gadis berbakat iaitu Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan ini kerap menerima kecaman netizen.
Tidak cepat melatah, Coex bagaimanapun menjelaskan terdapat karakter tertentu dengan penggayaan penampilan mereka saban minggu.
“Bagi kami, kami suka sebab itu adalah salah satu kelainan untuk girl group, boleh dikatakan itu adalah identiti kami.
“Kalau kita nak hilangkan identiti itu nanti akan jadi seperti hilang Coex. Kami sukakan fakta yang orang tidak menyukai apa yang kami pakai. Kami tidak mahu menipu diri sendiri,” jelas Coex.
Dalam pada itu, Coex juga terbuka untuk bereksperimentasi tidak kira sama ada dari segi penampilan mahu pun lagu.
“Kami menyifatkan gaya kami sebagai weird dan bold, kalau dari segi lagu pun kami memang suka yang pelik-pelik.
“Kalau ada peluang untuk bereksperimen, kami akan terima kemudian cuba, dan seharusnya ada plot twist. Tetapi pada kami, apa yang bestnya Coex ini adalah semua orang memiliki gaya tersendiri.
“Jadi apabila digabungkan, boleh dikatakan semua mempunyai keunikan dan karakter masing-masing,” ujar Amy.
Selain Coex, bintang yang masih bersaing dalam Big Stage 5 adalah Firdaus Rahmat, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini dan Dem Lepak Boyz (Duo).
Bintang luar negara pula ialah Farhan Shah (Singapura), HoonDoo (Korea) dan Waode (Indonesia).
Manakala bintang pertama yang tersingkir adalah Isaac Voo, Naufal Azrin dan Meer Nash.
Minggu kelima juga menyaksikan tiada penyingkiran berlaku.
BACA: #BIGSTAGE5: Ajai Nasihat Faham Kehendak Lagu, Jangan Hanya Menyanyi Rata! Ini Recap Markah Penuh & Komen Juri
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap.
Minggu ini menyaksikan Datuk Ramli MS sebagai juri jemputan dan pelakon, Amir Ahnaf sebagai Presiden Netizen.
Sepanjang penganjuran, Big Stage telah menobatkan empat juara iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan, Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan terbaharu, Elica Paujin (2022).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terima Mesej Berbaur L*cah, Ini Respons Ain Edruce: “Saya Tak Pernah Pakai Baju Jarang”

gempak
19/07/2024
02:55 MYT
Pelakon Ain Edruce meluahkan rasa berang apabila menerima mesej berbaur lucah daripada netizen yang tidak dikenali menerusi Instagram baru-baru ini.
Hiburan

Pernah Dilabel ‘Terlalu Seksi’, Leona Akui Tak Baca Komen Negatif Netizen

gempak
21/05/2024
07:55 MYT
Anak kepada selebriti, Azhar Sulaiman iaitu Leona tidak peduli tentang komen negatif yang pernah diberikan oleh warganet mengenai cara pemakaiannya yang pernah dilabel ‘seksi’.
Hiburan

COËX Bereksperimentasi Lagu Irama Tradisional - "It Has Always Been Our Identity"

gempak
18/05/2024
11:55 MYT
Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.
Viral

"Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal

gempak
11/05/2024
05:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil berkongsi pandangan tentang isu rumah tangga yang sedang tular ketika ini.
Viral

Usahawan Dakwa Suami Suka Follow IG Perempuan Seksi, Tiada Usaha Berubah? - "Benda Ni Dah Lama, Gaduh Kat Umrah Pun Fasal ..."

gempak
09/05/2024
08:25 MYT
Usahawan jenama pakaian muslimah tempatan yang sedang berbadan dua tampil mendedahkan sikap suaminya yang masih mengikuti akaun Instagram wanita-wanita seksi.