,
Laman Utama

#BIGSTAGE5: Kak Lina Dukung Rina Nose, Nora Danish Sempat Buat TikTok, Baju Bean Bag Aina Abdul Nampak Selesa!

Mya Amri
07/05/2023
23:50 MYT
Mengagumkan! Tirai minggu pertama Big Stage 5 ini sahaja sudah cukup membuatkan ramai yang terpukau!
Ternyata bintang-bintang yang menyertai Big Stage musim kelima ini memberikan persaingan hebat antara satu sama lain.
Namun di sebalik kemeriahan konsert, terdapat juga pelbagai momen menarik yang berlaku.
Jadi kami kongsikan serba sedikit corat-coret konsert pertama Big Stage 5:
#1 Memang havoc gabungan Rina Nose dan Kak Lina, bergegar pentas guys! Tak puas tengok gelagat mereka.
#2 Paling mengejutkan apabila Kak Lina dengan selamba mendukung Rina ketika pengacara itu diperkenalkan di atas pentas buat kali pertama. Pergh! Kuat betul Kak Lina!
#3 Nora Danish diumumkan sebagai Presiden Netizen. Sebaik muncul atas pentas tu eh eh sempat pula buat TikTok bersama Kak Lina dan Rina. Tapi jangan risau guys, Nora gurau-gurau je.
#4 Love lah Nora Danish ni, memang sangat supportive! Nora terpegun dengan persembahan setiap bintang Big Stage 5. Adakalanya siap enjoy dan gerakkan badan ikut muzik lagi.
#5 Aina Abdul tergelak apabila Aufahanie muncul di atas pentas dengan busana berwarna merah ala-ala kipas. Comel je tengok Aina.
#6 Bukan sahaja Aina, penonton di Auditorium dan juga netizen pun sama, mereka juga mengatakan Aufahanie umpama kembar Aina apabila menggayakan busana tersebut.
#7 Nuha yang hadir sebagai tanda sokongan kepada Naufal. Siap menari di kerusi lagi bila Naufal buat persembahan tau. Memang kawab sejati sungguh.
#8 Wawa Zainal dan Aeril Zafrel hadir selaku penaja Big Stage 5, manja betul pasangan ni atas pentas.
#9 Comel je reaksi Wawa apabila Aeril beri tamparan manja pada isterinya apabila Wawa mengatakan dirinya seperti bermimpi dapat menaja Big Stage dan meminta Aeril untuk mencubitnya. Seronok tengok pasangan romantik ni.
#10 Semua penonton yang diminta untuk cek di bawah kerusi kerana Wawa dan Aeril memberikan duit raya kepada yang bertuah. Untung ya siapa yang datang auditorium MBSA. Minggu depan katanya ada lagi.
#11 Kemunculan HoonDoo sememangnya memberi kejutan kepada peminat K-Pop, suara dan penghayatan terlalu bagus. Ada juga penonton yang mengalirkan air mata. Aina juga turut mengatakan persembahan mereka sampai hingga ke hati.
#12 Kak lina menari semasa COEX menyampaikan lagu BLACKPINK berjudul Pink Venom. Cayalah Kak Lina!
#13 Perkara lucu dan tidak disangka berlaku apabila Putera Muhammad menarik kolar baju Rina Rose, sama seperti Rina menarik kolar baju Kak Lina untuk ‘menenangkannya’ secara spontan di atas pentas.
#14 Rina Rose dengan selamba membuka kasut tumit tingginya dan berjalan berkaki ayam di atas pentas. Namun tidak lama kemudian dia memakainya kembali.
#15 Ramai yang tertarik dan memuji busana digayakan Aina. Tidak kurang juga ada netizen yang bergurau dan mengatakan bahawa baju Aina kelihatan sangat selesa seperti bean bag.
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, Big Stage 5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 10 minggu setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, Big Stage 5 juga boleh di strim di aplikasi Astro Go.
Big Stage 5 juga turut menampilkan Aina Abdul dan Ajai sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

gempak
09/09/2024
10:38 MYT
Selepas hampir setahun merancang untuk mengadakan konsert jelajah, akhirnya penyanyi, Aina Abdul mengumumkan bakal hadir dengan Konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour.
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.