,
Laman Utama

#BIGSTAGE5: Firdaus Rahmat Sertai Program Realiti Tanpa Pengetahuan Kembar - “Kami Memang Selalu Bersaing Tapi…”

Asyikin Mayudin
07/05/2023
03:55 MYT
Penyanyi Firdaus Rahmat mendedahkan penyertaannya dalam program realiti Big Stage 2023 (musim 5) tidak diketahui oleh kembarnya iaitu penyanyi Fahimi Rahmat.
Menurut Firdaus, dia dan kembar seirasnya itu sememangnya gemar untuk bersaing antara satu sama lain secara sihat dalam industri seni.
“Saya dan kembar macam ‘musuh’, kami tak suka benda sama dan agak berlawanan. Sebenarnya saya tak beritahu pun dia yang saya masuk Big Stage.
“Dia hanya tahu bila dah umum semua peserta Big Stage. Kami memang selalu bersaing tapi secara sihat. Sebab kita perlu ada persaingan sihat, kalau tak nanti kita akan berdiri di situ saja.
“Sekarang ini, kami tengah ‘berlawan’ dari segi composing lagu. Sebab saya yang berjinak dulu, dia yang datang kemudian. Tapi kami banyak kongsi dan tukar pendapat.
“Tapi kalau bab menyanyi, kami suka buat sama-sama sebab dulu kami ada team,” kata Firdaus kepada Gempak.
Big Stage 5 kini kembali mendominasi pentas bermula 7 Mei, setiap Ahad bersiaran langsung selama 10 minggu di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Antara yang akan bersaing dalam Big Stage 5 adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Aufahanie, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Nadeera Zaini, Dem Lepak Boyz (Duo) serta kumpulan M-pop perempuan, COEX yang terdiri daripada Mikaela Qistina, Amy Loh, Dalini, Eyqa Shahidan dan Elysha Khan.
Seramai sepuluh daripada mereka telah dipilih daripada Malaysia manakala empat bintang lain yang turut tersenarai adalah peserta daripada Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan yang akan diperkenalkan pada konsert minggu pertama kelak.
Manakala bangku juri tetap turut dirombak dengan pengenalan Aina Abdul sebagai juri tetap dan seorang juri lagi akan diperkenalkan di konsert minggu pertama.
Penampilan pengacara hebat Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom juga menjadikan program realiti itu bertambah menarik dan gandingannya juga akan diumumkan di konsert minggu pertama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

COËX Bereksperimentasi Lagu Irama Tradisional - "It Has Always Been Our Identity"

gempak
18/05/2024
11:55 MYT
Kumpulan M-POP berbakat besar COËX mengembangkan sayap menerusi lagu OST filem seram Paku Tanah Jawa berjudul Paku Durjana.
Hiburan

Fahimi Rahmat Tak Anggap Adik Sebagai Saingan Dalam Bidang Nyanyian - "Saya Sokong Dia, Dia Sokong Saya"

gempak
09/02/2024
03:55 MYT
Bagus saling sokong menyokong
Laman Utama

"Kami Bukan Pendatang Baharu Yang Biasa-Biasa" - COEX

gempak
26/08/2023
06:53 MYT
COEX lancar lagu baharu berjudul Gimme That Crown!
Big Stage 2023

"Saya Tak Mahu Nama Jadi Suam Balik" - Nadeera Tukar Nama, Lancar Lagu Emas!

gempak
26/08/2023
05:36 MYT
Juara Big Stage 2023, Nadeera lancar lagu baharu berjudul Emas.
Laman Utama

"Sebak, Dengar Sambil Nangis" - Respon Peminat Dengar Aufahanie Nyanyi Lagu Saat Hilang Cintamu

gempak
10/08/2023
14:56 MYT
Al-Fatihah buat Allahyarham Siti Sarah.