,
Laman Utama

“Biarpun Ramai Yang Sakitkan Hati Saya Tapi…” - Siapa Sangka Spiderman Petai Ini Rupanya...

Hanafis Haris
01/09/2020
16:53 MYT

Siapa sangka di sebalik topeng serta kostum adiwira Spiderman, rupanya invidividu yang menjual petai ini merupakan pemuda berusia 22 tahun.

Berasal dari Kampung Slim Perak, Selvakumar K. Tharmalingam merupakan pelajar universiti dalam jurusan pentadbiran perniagaan.

Menerusi laporan Astro Awani, elvakumar memberitahu dia memilih untuk berpakaian seperti Spiderman kerana baginya, itu merupakan sesuatu gimik yang sesuai untuk menarik perhatian orang ramai .

"Saya berasa sangat gembira menjual petai sebagai Spiderman.

“Apabila orang ramai tahu tentang perniagaan saya dan orang ramai ingat saya sebagai 'Spiderman Petai', saya rasa lebih bermotivasi untuk teruskan ia sebagai kerjaya sampingan," kata Selvakumar.

Tambah Selvakumar, perniagaan ini bukan merupakan sumber utama pendapatannya, tetapi sedikit sebanyak mampu membantu keluarganya.

“Perkara yang paling susah untuk dihadapi bukan memakai kostum Spiderman dalam suasana panas, tetapi lebih kepada menghadapi komen negatif segelintir pihak.

"Kadang-kadang ada sesetengah orang sakitkan hati saya, membuat saya sebagai bahan ejekan dan ada yang sengaja membuat saya rasa sedih kerana berpakaian lain daripada lain sambil menjual petai," ujarnya.

Walau bagaimanapun jelasnya, dia tidak membiarkan komen-komen negatif itu memberi kesan kepada motivasinya kerana dia juga mendapat banyak komen-komen positif oleh netizen melalui media sosial yang juga sering membuatnya tersenyum.

Difahamkan, Selvakumar turut menawarkan beberapa perkhidmatan lain termasuk sebagai watak penampilan kejutan dalam sambutan ulang tahun hari lahir kanak-kanak.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kantoi Curang 3 Kali, Wanita Ini Minta Suami Bayar RM1,000 Wang Pampasan

gempak
26/03/2024
21:00 MYT
Seorang wanita bertindak meminta wang pampasan kepada suami nya untuk setiap kes kecurangan yang dilakukan suaminya.
Laman Utama

Pandai, Bad Boy Atau Mat Skema? 5 Watak Projek: Anchor SPM, Anda Mana Satu?

gempak
04/03/2021
12:50 MYT
Korang mana satu?
Laman Utama

“Persilakan Kau Call Jabatan Agama Islam Selangor” - Fara Balas Kenyataan Isteri Shuk

gempak
24/01/2021
03:52 MYT
Alamak, nampaknya masing-masing tengah marah
Hiburan

Bukan Filem Sambil Lewa, Butak Penuh Dengan Pengunaan Efek CGI!

gempak
19/10/2020
13:45 MYT
Rugi tak tonton Butak!