,
Laman Utama

"Biarlah! Saya Punya Duit!" - Fara Mendoza Mengaku Buat Hidung, Bibir & Kecilkan Rahang

Amri Hassan
07/03/2023
21:31 MYT
Pelakon, moden dan pempengaruh, Fara Mendoza mengakui pernah menjalani prosedur kecantikan pada wajah terutama bahagian hidung, bibir dan tulang rahang.
Jelas Fara, dia enggan menjadi hipokrit terhadap pengikut di media sosialnya dan terbuka untuk berkongsi perihal kecantikan dan prosedur yang dilakukannya.
"Saya tak nak jadi ‘fake’. Saya selesa jadi diri sendiri. Apa yang saya lakukan, saya senang untuk berkongsi dengan pengikut di media sosial.
"Kalau ada yang kata saya ‘buat hidung’ misalnya. Biarlah saya punya duit. Memang saya buat hidung (Rhinoplasty), bibir apa semua.
"Lagi pula saya memang seorang yang suka berkongsi. Kalau orang tanya saya akan cakap benda yang betul. Lebih bersikap terbuka untuk berbuat demikian.
"Saya beginilah… Kalau tak suka, saya akan cakap tak suka dan begitu juga sebaliknya," ujarnya ketika ditemui di majlis A Night With Rozita Che Wan, di Glam Hall Damansara baru-baru ini.
Enggan mendedahkan kos rawatan yang pernah dilakukan, tambah Fara dia bagaimanapun memperuntukkan sejumlah wang untuk penjagaan diri setiap bulan.
"Saya tak dapat nak anggarkan berapa kos rawatan kosmetik yang saya lakukan, cuma itulah kita sentiasa rasa nak cantik. Yang pasti setiap bulan saya memang sediakan peruntukan untuk penjagaan diri.
"Bagi saya kecantikan itu penting. Kita cantik bukanlah untuk nak dapatkan perhatian lelaki tapi adalah untuk kepuasan diri. Setelah kita penat berkerja, apa salahnya untuk kita manjakan diri sendiri pula.
"Tak kisahlah orang kata kalau dulu lain, ini memang diri saya," tambahnya yang turut mengaku pernah melakukan rawatan mengecilkan rahang.
Dalam pada itu, pelakon filem Keranda Tok Wan Terbang itu juga menegaskan diri masih aktif dalam dunia lakonan, namun lebih selektif susulan komitmennya terhadap perniagaan losyen pencerah yang diusahakan.
"Saya masih lagi berlakon sebenarnya. Kadang-kadang kalau rasa rindu nak berlakon barulah saya ambil tawaran. Tak adalah saya berhenti terus, cuma sekarang fokus itu lebih kepada bisnes produk sendiri, Awas.
"Malah saya baru sahaja selesai jalani penggambaran drama berjudul Topeng. Setakat ini mana tawaran yang saya rasa mampu untuk beri komitmen saya akan terima.
"Selebihnya saya ambil tawaran untuk buat review promosi di media sosial," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.