,
Laman Utama

Biadab! Penganut Hindu Berang Rihanna Pakai Rantai Dewa Ganesha & Bergambar Separuh Bogel

Amri Hassan
18/02/2021
00:50 MYT
Tindakan penyanyi antarabangsa Rihanna mencetuskan kemarahan penganut agama Hindu apabila memakai kalung berbentuk dewa Ganesha.
Dalam foto yang dimuatnaik di Twitter dan Instagramnya, penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella itu hanya memakai boxer satin ungu dari jenama pakaian dalamnya, Savage X Fenty.
Memadankan pakaian separa bogelnya itu, Rihanna menyarung pula rantai berukiran dewa penganut agama Hindu itu selain dilengkapi dengan sepasang anting-anting.
Foto yang telah dimuatnaik pada Selasa lalu itu mendapat lebih 100,000 komen yang mengecam tindakan melampau Rihanna yang mengeksploitasi agama Hindu demi kepentingan dirinya.
"Bagaimana seorang individu yang punyai sumber untuk memahami makna dan signifikan rantai yang dikalung pada lehernya itu sanggup memakainya," tulis seorang pengguna.
"Ukiran Ganesh pada hujung rantai itu adalah suci bagi penganut Hindu," terang seorang pengguna lain.
Tambah individu lain; "Budaya kami bukan kostum kamu."
Ganesha secara tradisionalnya melambangkan kejayaan dan kemenangan, terutama sebelum memulakan sesebuah perniagaan.
Sebelum ini, Rihanna mendapat kecaman hebat penganut agama Islam apabila menggunakan lagu berisi hadis untuk pertunjukan fesyen pakaian dalamnya itu. Penyanyi itu kemudian tampil memohon maaf.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.