Hiburan
Beza Usia 18 Tahun Tak Jadi Penghalang Cinta Hans Isaac & Gabriella
Tunang kepada aktor Datuk Hans Isaac, Gabriella Robinson tidak menganggap perbezaan usia antara dirinya dan Hans sebagai penghalang untuk mereka menjalinkan hubungan.
Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac kini berusia 46 tahun manakala Gabriella berumur 28 tahun.
"Bagi saya faktor usia tidak menjadi penghalang. Perkara itu langsung tidak harus dijadikan satu isu.
"Asalkan kami berdua saling menghormati, itu sudah memadai. Sejujurnya, saya banyak belajar dari Hans.
"Saya belajar cara untuk mengatur kehidupan, cara untuk menjadi seorang individu yang lebih bertanggungjawab dan banyak lagi perkara baik," kata Gabriella kepada Astro Gempak.
Tambah Gabriella lagi, Hans seorang yang bersikap positif dan mementingkan keluarga.
"Saya bertuah dapat mengenali Hans kerana dia merupakan seorang jejaka yang sangat positif. Saya banyak belajar perkara positif menerusi peribadi yang Hans tonjolkan.
"Hans juga merupakan seorang lelaki yang sangat mementingkan keluarga. Walaupun dia sentiasa sibuk dengan urusan kerja, Hans sentiasa memastikan keluarga menjadi keutamaan dalam segala hal," katanya lagi.
Hans dan Gabriella bakal melangsungkan perkahwinan di St. John Cathedral Church, Kuala Lumpur pada 29 Julai. Majlis resepsi akan diadakan pada malam yang sama di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Hans dan Gabriella telah bertunang pada 29 Januari lalu di Singapura.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Must-Watch Video