,
Berita

Beyonce Mengaku Ternak & Ada Lebih 80 Ribu Ekor Lebah Di Rumah

Maliah Surip
05/11/2020
00:15 MYT
Penyanyi Beyonce baru baru ini mengejutkan wartawan British Vogue apabila mengaku beliau kini mengusahakan penternakan lebah di kediamannya.
Pesohor berusia 39 tahun itu mengungkapkan fakta tersebut dalam wawancara majalah tersebut bagi keluaran Disember 2020.
Menurut Beyonce beliau telah menternak lebah sejak beberapa tahun lalu. Beliau mengatakan mempunyai dua sarang lebah dan sekitar 80 ribu ekor lebah kini 'tinggal' bersama di rumahnya.
"Saya tahu pengakuan ini agak janggal. Tapi saya memiliki dua sarang dan itu asli. Saya juga punya sekitar 80 ribu ekor lebah yang berada di rumah saya," kata Beyonce seperti dilaporkan oleh People.
Beyonce yang juga menerima julukan Queen Bey itu menjelaskan idea menternak lebah muncul selepas dua anaknya iaitu Blue Ivy, 8 bulan dan Rumi, 3, mengalami alahan yang sangat teruk.
"Jadi madu adalah alternatif terbaik buat kedua anak saya. Madu memiliki khasiat yang baik untuk kesembuhan alahan Blue Ivy dan Rumi," kata Beyonce.
Pelantun lagu Run The World itu juga mengatakan telah menghasilkan ratusan botol madu setiap tahun.
"Dengan 80 ribu lebah lebah ini, saya menghasilkan ratusan botol madu setiap tahun di rumah," kata isteri Jay Z ini lagi.
Pengakuan Beyonce menternak lebah membuat banyak peminatnya terkejut. Di media sosial, kebanyakannya mengatakan ingin merasa madu lebah yang diternak idola mereka ini.
Kredit Foto: Billboard
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ada Kata Saya Tak Boleh Pergi Jauh" - Yunadia Cipta Lagu Sendiri, Alicia Keys & Beyonce Jadi Inspirasi!

gempak
10/08/2024
15:55 MYT
Syazreen Yunadia (23) atau lebih mesra dipanggil sebagai Yunadia merupakan anak kelahiran Perak berkacukan melayu, cina dan india.
Laman Utama

Netizen Tuduh Beyonce Putihkan Kulit

gempak
30/11/2023
14:45 MYT
Beyonce baru melancarkan filem miliknya, Renaissane.
Laman Utama

Wanita Curi Duit Pembedahan Anak Teman Lelaki Sebab Nak Beli Tiket Konsert Beyonce

gempak
17/09/2023
13:50 MYT
Pulak dah?
Laman Utama

Kelly Rowland Menyesal ‘Pecah Lobang’ Jantina Anak Beyonce

gempak
16/07/2023
15:50 MYT
Kelly akui menyesal
Laman Utama

Nyaris Dedah Payudara Ketika Konsert Jelajah, Penari Latar Selamatkan Beyonce Daripada Tanggung Aib

gempak
25/06/2023
11:50 MYT
Nasib baik