,
Laman Utama

Beyonce, Jay Z Beli Mahligai Termahal Di California, Harga Cecah RM907 Juta!

Maliah Surip
21/05/2023
14:45 MYT
Jika punya duit, apapun boleh dimiliki. Dan itulah yang dibuktikan oleh pasangan pesohor dunia, Beyonce dan suaminya, Jay Z.
Penyanyi dan rapper tersebut mencetak sejarah sebagai pemilik kediaman paling mahal pernah terjual di California apabila membeli sebuah mahligai dengan nilai RM907 juta!
Menurut laporan TMZ, kediaman yang berkeluasan 30,000 meter kaki persegi itu dimiliki dan dibina oleh William Bell.
Bell cukup terkenal sebagai pemilik koleksi karya seni di dunia itu juga mengambil masa selama 15 tahun untuk menyiapkan mahligai tersebut.
Mahligai yang terletak di atas lapan ekar tanah di Malibu itu malah dibina menghadap Lautan Pasifik.
Ia juga menerima sentuhan daripada sifu arkitek terkenal dari Jepun, Tadao Ando.
Ini menjadikan aset kedua termahal yang dimiliki oleh Beyonce dan Jay Z. Sebelum ini mereka membeli sebuah mahligai di Los Angeles dengan nilai pasaran RM400 juta pada tahun 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ada Kata Saya Tak Boleh Pergi Jauh" - Yunadia Cipta Lagu Sendiri, Alicia Keys & Beyonce Jadi Inspirasi!

gempak
10/08/2024
15:55 MYT
Syazreen Yunadia (23) atau lebih mesra dipanggil sebagai Yunadia merupakan anak kelahiran Perak berkacukan melayu, cina dan india.
Laman Utama

Netizen Tuduh Beyonce Putihkan Kulit

gempak
30/11/2023
14:45 MYT
Beyonce baru melancarkan filem miliknya, Renaissane.
Laman Utama

Wanita Curi Duit Pembedahan Anak Teman Lelaki Sebab Nak Beli Tiket Konsert Beyonce

gempak
17/09/2023
13:50 MYT
Pulak dah?
Laman Utama

Kelly Rowland Menyesal ‘Pecah Lobang’ Jantina Anak Beyonce

gempak
16/07/2023
15:50 MYT
Kelly akui menyesal
Laman Utama

Nyaris Dedah Payudara Ketika Konsert Jelajah, Penari Latar Selamatkan Beyonce Daripada Tanggung Aib

gempak
25/06/2023
11:50 MYT
Nasib baik