,
Gaya Hidup

Betulkah Beli Barang Branded Dapat Tingkatkan Keyakinan Diri, Self Reward?

Amri Hassan
30/12/2022
14:30 MYT
"Membeli barangan berjenama selain dapat meningkat keyakinan diri, boleh menjadi ‘self reward’," demikian kata pemilik platform beli-belah dalam talian Selection, Nor Rafidah Khairuddin.
Rafidah yang sudah menjadi personal shopper kepada pelanggan dari Malaysia sejak 2014 itu percaya membeli barangan berjenama boleh mempengaruhi personaliti seseorang.
Malah, tidak salah untuk membeli barangan peribadi yang berkualiti tinggi yang terbukti tahan untuk tempoh waktu yang panjang.
"Menggunakan tagline 'Embracing Confidence' atau meraikan keyakinan, platform yang saya usahakan berjaya merealisasikan impian ramai wanita serta lelaki untuk memiliki barangan berjenama antarabangsa seperti tas tangan untuk kekal bergaya dan berkeyakinan," katanya.
Menariknya, platform Selection itu menyediakan pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga hingga enam kali buat semua pelanggan.
Tambah Rafidah, sempena Boxing Day Sellection pihaknya menawarkan pelbagai koleksi tas tangan berjenama daripada Coach, Michael Kors, Kate Spade, Fossil dan banyak lagi.
"Sellection telah membantu ramai wanita dan lelaki untuk memiliki barangan berjenama yang eksklusif pada harga mampu milik dan pastinya menaikkan keyakinan dan personaliti peribadi. Kini tidak lagi hanya dimiliki oleh golongan tertentu sahaja.
"Untuk #SistersdiMalaysia (pelanggan Sellection) saya pelawa untuk beli-belah tas tangan berjenama dari Amerika Syarikat yang diperakui kualitinya sempena musim sejuk ini. Kempen Boxing Day Sellection ini sudah bermula sejak 23 Disember lalu hingga 3 Januari depan. Barang yang dipesan dijangka tiba pada 20 Januari," katanya yang kini berada di New York, Amerika Syarikat.
Semua pembelian melalui tempahan awal (Pre Order) boleh terus dilakukan di laman sesawang www.sellection.com atau boleh ke Butik Sellection juga terletak di Wangsa 118, Wangsa Maju.
Maklumkat lanjut mengenai Sellection dan Boxing Day Sellection boleh didapati di akaun media sosial rasmi Sellection iaitu FB Page: Branded Handbags by Rafidah www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah dan IG: @sellectioncom.
Layari laman sesawang www.sellection.com untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Elak Kaki Sakit, Tiru Corak Berjalan Macam Suku Masai Di Kenya, Ini Fakta Teknologi Kasut Terkini!

gempak
12/08/2023
09:25 MYT
Apa itu teknologi The Masai Experience?
Laman Utama

#OhAbeNik: Sambut Ulangtahun Ke-60 Di Malaysia, Ini 5 Fakta Menarik Restoran Ke-100 A&W!

gempak
01/08/2023
12:18 MYT
Tahniah A&W
Laman Utama

#OhAbeNik: Buka Cawangan Pertama Di KLCC, Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Jenama Kasut Larian Popular Hoka!

gempak
20/07/2023
13:15 MYT
Jenama yang kian menitip di bibir peminat sukan larian maraton dan larian lasak.
Laman Utama

#OhAbeNik: Kedah Fashion Week Masuk Edisi Ke-6, Apa Yang Menarik Tahun Ini?

gempak
20/07/2023
12:07 MYT
Kedah Fashion Show 2023 yang bakal berlangsung di Aman Central dari 4 hingga 6 Ogos depan.
Laman Utama

Nostalgik, Pink & Estetik! Lawanya Koleksi Kapsul Limited Edition Barbie X ALDO

gempak
24/06/2023
12:35 MYT
Boleh masuk dalam koleksi wardrobe korang!