,
Hiburan

"Best Remake Ever" - Peminat Puji Lagu Born To Love Nyanyian Syamel

Kamaruddin Razal
10/06/2018
08:05 MYT
Vokal dan kredibiliti penyanyi Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 25, tidak perlu dipertikaikan lagi.
Biarpun masih baru dalam bidang hiburan, naib juara program realiti AF2015 ini menjadi antara penyanyi pelapis berbakat yang tidak harus dipandang remeh.
Selepas sukses dengan beberapa single, kini Syamel muncul dengan lagu terbaru yang berjudul Born To Love.
Born To Love merupakan lagu nyanyian asal vokalis kumpulan Queen, Freddie Mercury yang berjudul I Was Born to Love You.
Dimuat naik di laman YouTube Rocketfuel Network pada 30 Mei lalu, rendisi Syamel dalam menyampaikan lagu tersebut dalam cara tersendiri mendapat pujian netizen.
Ruangan komen YouTube dibanjiri dengan pujian mengenai gaya nyanyian Syamel menyampaikan lagu terbabit.
"Wow! what a talent! Malaysia patut berbangga punya penyanyi seperti Syamel!" tulis seorang pengguna YouTube bernama Loving Protector.
"The best remake ever for this song," tulis Afifa Naziha Abdul Halim.
"Goose bumps here ! I think he is no longer with is as he came straight from heaven, sang and went back! Put your ear phones on, turn the volume all the way up, and your eardrums will explode blissfully of delight and pureness. Good job Syamel," ujar Anak Pahang.
"Syabas Syamel... Suara husky memang sedap... Seakan akan penyanyi asal," tulis Nurul Husna.
"Superb giler.. Sumpah best," kata Muhammad Irham Ishak.
Born To Love merupakan lagu kempen Piala Dunia 2018 Astro dan lagu ini diberi nafas baru oleh Syamel.
Bersempena musim Piala Dunia 2018 yang menjelang tiba, sertai peraduan Sorak-sorai Bola dan meriahkan suasana Piala Dunia tahun ini.
Menangi hadiah utama iaitu iPhone X, jersi rasmi pasukan Piala Dunia 2018 dan 20 penyertaan terawal bakal menerima cenderahati eksklusif Piala Dunia Astro.
Ikuti langkah mudah di bawah: 1. Pergi ke www.gempak.com/sorak-sorai-bola 2. Tonton video muzik Syamel – Born to Love 3. Rekod video maksimum 1 minit nyanyian semula (cover) lagu ni 4. Muat naik video anda di Instagram dan tag video dengan #soraksoraibola 5. Pergi ke laman web Gempak. Lengkapkan penyertaan anda dengan mengisi borang penyertaan dan upload video di ruang yang disediakan. Anda juga boleh upload video link anda melalui Dropbox, WeTransfer dan Google Drive di ruang yang disediakan. 6. Lima penyertaan terbaik akan disenarai pendek. Pemenang akan ditentukan berdasarkan undian netizen di website Gempak. 7. Tarikh tutup penyertaan - Khamis, 21 Jun 2018
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.