,
Gaya Hidup

"Best Jadi Bapak Lihat Mereka Membesar Depan Mata" - Diddy Hirdy Rindu Rutin Hantar Anak Ke Sekolah

Badrul Hashim
14/04/2020
23:30 MYT
Berjauhan dari saudara mara demi menyambung pelajaran di luar negara pastinya meninggalkan kesan terutamanya rasa rindu pada negara sendiri.
Bagi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di Liverpool, Diddy Hirdy agak beruntung kerana keluarganya ada bersama.
Diddy bersama isteri, Ellen Nor Azah dan dua orang cahaya matanya sekarang menetap di Liverpool sementara menunggu dia menghabiskan PhD di sana.
Sebelum ke Liverpool, Diddy menyambung pelajaran di University of Glasgow, Scotland selama setahun.
"Video lama masa kami tinggal di Glasgow, Scotland tahun 2017. Rindu rutin bapak2 setiap pagi. Kalau tak hantar anak sekolah, mesti ambil balik sekolah sebelah petangnya.
"Setiap hari masa sentiasa terisi dengan urusan kerja dan keluarga. Best jadi bapak-bapak dapat membesarkan anak-anak, melihat dorang membesar depan mata.
"Masa ni Jauza seorang je, Abid 'on the way' dalam perut mama. Sekarang Jauza dah boleh harap bantu kerja-kerja rumah dan layan adik dia. Pantas sungguh budak-budak membesar dan kita pula semakin menua," tulis Diddy pada satu entri di Instagramnya.
Ketika dihubungi Gempak, Diddy memberitahu 'lockdown' yang berlaku di seluruh United Kingdom ketika ini menyebabkan sekolah diarahkan tutup sejak tiga minggu lalu.
"Walaupun anak Diddy masih lagi mengikuti kelas secara online, tetapi rasa rindu untuk berjalan bersama menghantar anak ke sekolah sangat terasa.
"ketika itulah kami banyak berbual dan Jauza akan berkongsi kisah di sekolah, kisah rakan-rakan serta teman rapatnya. Rasa bonding sangat kuat.Saat itulah yang Diddy rindukan," beritahu Diddy pada Gempak.
Menurut Diddy lagi, mereka bernasib baik kerana membuat persediaan awal sebelum 'lockdown' diumumkan.
"Di sini kami boleh membuat pesanan dari rumah untuk membeli beras dan barangan keperluan lainnya.
"Mujur isteri Diddy sejak awal lagi sudah membuat persediaan dengan membeli barangan asas seperti beras, susu dan sebagainya untuk bekalan kami.

Video lama masa kami tinggal di Glasgow, Scotland tahun 2017. Rindu rutin bapak2 setiap pagi. Kalau tak hantar anak sekolah, mesti ambil balik sekolah sebelah petangnya. Setiap hari masa sentiasa terisi dengan urusan kerja dan keluarga. Best jadi bapak2 dapat membesar kan anak2, melihat dorg membesar depan mata. Masa ni Jauza seorang je, Abid 'on the way' dalam perut mama. Sekarang Jauza dah boleh harap bantu kerja2 rumah dan layan adik dia. Pantas sungguh budak2 membesar dan kita pula semakin menua????? #repost This is my daily routine in the morning - hantar Jauza ke sekolah. Dekat je dari rumah. Tak sampai 5 minit kaki. #diddyhirdyintheuk #family #daughter #daddy #dad #love #happiness #blessed #daily #routine #walking #walkingtoschool

A post shared by D.Hirdy (@diddyhirdy) on

Tambah Diddy, mereka sangat jarang keluar rumah kerana masih ramai yang tidak mematuhi arahan berikutan keadaan cuaca yang baik di sana.
"Orang di sini terlalu 'gilakan' matahari, dan bila cuaca baik, mereka keluar beramai-ramai tanpa mengira keselamatan masing-masing.
Diddy bakal menamatkan pengajian di University of Liverpool pada bulan Januari tahun hadapan dan bakal berkhidmat di Universiti Utara Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.