,
Laman Utama

Bertubi-Tubi Ganggu Peminat Agresif, Preity Zinta Kesal - "Saya Juga Manusia, Tolonglah Fikir ..."

Maliah Surip
10/04/2023
13:55 MYT
Aktres cantik Preity Zinta baru-baru ini melahirkan rasa kesal dengan segelintir sikap peminat yang tidak tahu menghormati privasinya.
Dia meluahkan rasa kesal tersebut menerusi kapsyen yang ditulis pada akaun Instagramnya.
Menurut Zinta, terdapat dua peristiwa yang membuat dirinya kesal sehingga terpaksa menulis hal tersebut untuk tatapan umum. Ia terjadi di Mumbai, India.
Zinta mendakwa insiden pertama terjadi apabila seorang wanita mahu mengambil gambar dirinya dan anak, Gia.
Dia menolak ajakan tersebut dengan baik, menyebabkan wanita tersebut bertindak di luar kawalan apabila menarik lengan anaknya dan mencium wajah sebelum mengatakan Gia seorang anak yang comel.
“Insiden ini terjadi di sebuah taman sewaktu anak saya sedang bermain. Jika saya bukan selebriti, mungkin akan terjadi perkara yang lebih buruk, tapi saya diamkan kerana tidak ingin membuat kecoh,” dedah Zinta.
Gia adalah pasangan kembar anaknya bernama Jai hasil perkongsian hidup bersama suami, Gene Goodenough.
Bintang Dil Se itu kemudian melanjutkan ceritanya berdepan sikap biadab seorang individu kelainan upaya (OKU) sewaktu berada di lapangan terbang.
Kata aktres yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat, dia sudah biasa bertemu individu tersebut dan sering memberi duit kepadanya.
“Namun pada hari kejadian saya tidak mempunyai wang. Saya katakan hanya ada kad dan seorang wanita memberinya wang.
“Malangnya dia membuang wang tersebut kerana berasa tidak cukup dan mula bertindak agresif,” cerita Zinta.
Kesal dengan dua insiden yang terjadi, Zinta mengatakan walaupun mereka tergolong sebagai selebriti, namun di tempat pertama, mereka juga adalah manusia.
“Pertama, saya juga seorang manusia. Kemudian saya adalah seorang ibu dan terakhir sekali baru selebriti.
“Saya mempunyai hak sama rata seperti orang lain di dunia ini dan tolong berfikir dua kali sebelum menghakimi.
“Berhenti salahkan selebriti setiap kali ada perkara buruk berlaku. Akan ada dua cerita berlainan sebenarnya,” luah Zinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

Peminat Sanggup Berhujan Layan Pesta Muzik Cuckootopia 5 Jam Tanpa Henti, Kim Soo Hyun Bikin Hati Cair!

gempak
18/11/2024
15:55 MYT
Biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza berjaya memukau kira-kira 18,000 penonton yang hadir di Pesta Muzik Cuckootopia bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Cuckoo yang diadakan di Surf Beach,Sunway Lagoon malam Ahad.
Hiburan

Nyanyi Lagu Adele, Peminat Puji Suara Fazura Menenangkan - "Love It When You Sing In English"

gempak
14/11/2024
08:50 MYT
Pelakon dan penyanyi Fazura sekali lagi mencuri tumpuan di media sosial.
Unitar