,
Laman Utama

“Bersedekah Sembunyi Atau Terang-Terangan, Allah Akan Terima, Asalkan Tak Riak” - Ustaz Adnin

Izwan Isa
06/05/2022
11:50 MYT
Amalan sedekah memang dituntut dalam Islam. Hal ini juga dapat dilihat daripada amalan memberikan duit raya setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Menurut pendakwah bebas yang popular di media sosial, Ustaz Adnin, pemberian duit raya merupakan satu amalan yang sangat baik.
“Trend memberikan duit raya ini sebenarnya budaya kaum Melayu. Budaya ini bagus kerana pemberian duit raya dilihat sebagai satu sedekah.
“Sedekah pula merupakan satu amalan baik dan murni yang sangat dituntut dalam agama kita. Jadi, teruskanlah amalan yang baik ini,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Adnin berkata, memang sifat ikhlas perlu ada ketika memberi, namun, sifat ikhlas tidak hanya tertakluk dengan pemberian secara senyap-senyap.
“Ikhlas tak semestinya kita buat senyap-senyap. Ada orang kata kita sedekah terang-terang tu riak, tapi senyap-senyap pun boleh jadi riak.
“Riak ini berlaku apabila kita buat sesuatu dengan sebab kita nak pujian. Tapi kalau kita bagi terang-terangan pun, sebab kita nak jadikan contoh yang baik kepada orang. Jadi, tiada masalah.
“Dalam Al-Quran, Allah memuji orang yang memberi. Bersedekah sembunyi atau terang-terangan, Allah akan terima, asalkan tak riak,” tutupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Sedekahkan Makanan Untuk Gelandangan, Abbe Hae Dipilih Juara Edisi Ogos! - "Semuanya Kerana Allah"

gempak
08/09/2024
16:00 MYT
Aktivis terkenal, Abbe Hae tidak menyangka dirinya diundi sebagai pemenang utama Wonda Coffee Keluang Man Of The Month edisi Ogos.
Viral

Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami

gempak
20/04/2024
13:50 MYT
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
Terkini

Tagih Duit Raya Untuk Anak, Rakan Jadi Mangsa Spam Kod QR  - “Jagalah Air Muka…”

gempak
18/04/2024
01:55 MYT
Seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu dewasa dirasakan seperti ‘menagih’ duit raya untuk anak-anak mereka.
Hiburan

“Guys, Duit Raya Atau Ang Pow Kalau Orang Bagi Kita Ambil, Kalau Orang Tak Bagi Jangan Minta” - Michael Ang

gempak
16/04/2024
05:55 MYT
Bab duit raya ini memang tak elok meminta-minta.
Hiburan

Isu Duit Raya RM3, Ini Nasihat Uyaina Arshad - “Dapat 10 Sen Sekali Pun Bersyukurlah, Duit Raya Diberi Ikut Kemampuan..."

gempak
15/04/2024
09:55 MYT
Syukurlah dapat duit raya ek.