,
Laman Utama

"Bersaksikan Kaabah..."- Syatilla Melvin Syukur Dapat Sambut Anniversary & Hari Jadi Di Makkah

Syafiqah Jalal
09/02/2023
04:53 MYT
Pelakon Syatilla Melvin bersyukur kerana diberikan rezeki luar boasa apabila dapat menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh dengan aktor Shaheizy Sam di tanah suci Makkah.
Syatilla berharap agar segala hajat dan doa dia bersama suami termakbul sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada 8 Februari.
"Allahuakhbar… Alhamdulilah syukur untuk rezeki luar biasa ini ya Allah.
"Bersaksikan kaabah, berhadapan pintu kaabah dan multazam, engkau rezekikan kami untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ketujuh ya Allah.
"Moga terkabul segala hajat dan doa kami. Takkan lupa sampai mati.
"Happy anniversary sayang," ucapnya.
Syatilla berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan, dia memuat naik fotonya bersama Sam yang bergambar dengan berlatarbelakangkan Kaabah di tanah suci Makkah.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengucapkan selamat bari ulang tahun kepada mereka.
Sementara itu, menerusi perkongsiannya di InstaStory pula Syatilla telah memuat naik semula hantaran daripada keluarga dan rakannya yang mengucapkan hari jadinya.
Hari jadi Syatilla jatuh pada hari sama dengan tarikh hari ulang tahun perkahwinan mereka iaitu semalam.
Salah satu perkongsian di InstaStory adalah hantaran daripada kakaknya Syafiqa Melvin yang turut bersamanya di Makkah.
Dalam hantaran berkenaan Syatilla bersama kek dan lilin ketika di dalam bilik salah sebuah hotel yang dipercayai di tanah suci.
Sambutan itu diraikan dalam keadaan sederhana dan cukup bermakna buatnya yang kelihatan gembira.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 6, dan Sarima Samheizy, 3, dan Salama Samheizy bakal menginjak usia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Viral

"Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama" - Hafiz Mahamad

gempak
29/07/2024
00:50 MYT
Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil memberikan respons terhadap kecaman netizen berhubung video lama yang kembali tular baru-baru ini.
Viral

Aliff Aziz Muat Naik Ucapan Hari Jadi Buat Ruhainies - “May He Grant You Blessings For Every Good You Have Done”

gempak
27/07/2024
11:09 MYT
Penyanyi dan pelakon kontroversi Aliff Aziz mengucapkan selamat hari lahir yang ke-32 untuk dramatis Ruhainies.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.