,
Laman Utama

Berpakaian Seksi Di KLFW, Elvina Mohamad Mohon Maaf - “Tak Semua Follower Saya Boleh Terima..”

Azwa Rahman
30/08/2022
06:48 MYT
Pelakon Datin Elvina Mohamad memohon maaf di atas pemakaiannya yang mengundang rasa kurang senang segelintir pengikutnya ketika menghadiri acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) yang diadakan pada minggu lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 27, memuat naik beberapa keping foto sewaktu berada di acara terbabit.
Gara-gara foto tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya, ibu kepada seorang cahaya mata itu bertindak menutup ruangan komennya.
Menurut Elvina, dia hadir ke KLFW2022 sebagai tanda sokongan kepada pereka terkenal, Alia Bastamam.
“Sebenarnya tak adalah saya pakai macam tu untuk pakaian harian tapi itu adalah untuk KLFW, kita sendiri tahu KLFW tu lebih kepada fesyen dan saya pergi untuk beri sokongan pada pereka Alia Bastamam.
“Apa yang saya pakai tu adalah baju yang dia akan launch. Jadi dia minta kita pakai,” ujarnya ketika ditemubual.
Elvina ditemui pada majlis sidang media drama bersiri terbaharu di Astro Prima, Takdir Cinta Dhia yang diadakan di TGV, One Utama, Petaling Jaya pada Isnin.
Jelas Elvina lagi, dia mengakui kurang peka apabila memuat naik foto-foto yang mungkin tidak boleh diterima oleh pengikutnya di Instagram.
“Mungkin orang anggap saya ni seorang yang lembut, karakter saya watak bertudung macam tu. Jadi mungkin orang terkejut nampak saya pakai macam tu.
“Mungkin salah saya jugalah, tak semua follower saya boleh terima saya berpakaian macam tu. Saya minta maaf kalau benda ni buat yang lain tak selesa tapi saya pakai macam tu pun untuk beri sokongan pada Alia di KLFW,” ungkapnya lagi.
Dalam perkembangan terbaharu, Elvina bakal muncul dalam sebuah drama bersiri romantik ‘crime-thriller’ bersama Datuk Aaron Aziz, Shahz Jaszle, Nazrief Nazri, Nada Nur Syuhada dan ramai lagi.
Takdir Cinta Dhia bakal menemui penonton di slot Tiara, Astro Prima (saluran 105), mulai 12 September ini, Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad

gempak
08/02/2024
03:00 MYT
Takutnya...
Hiburan

Elvina, Zahiril Nampak 'Benda' Ketika Shooting Filem Waruga!

gempak
23/01/2024
14:40 MYT
Waruga bermaksud tempat persemadian mayat atau makam (kubur) orang yang meninggal dunia bagi kaum Minahasa yang wujud di Indonesia.
Laman Utama

“Baby Maleeq Nak Juga Keluar Sebelum Raya,” - Elvina Mohamad Syukur, Selamat Bersalin Seminggu Awal

gempak
24/04/2023
08:50 MYT
Sempat baby nak raya sekali tu hehe.
Laman Utama

Hot Mummy! Netizen Puji Foto ‘Maternity’ Elvina Mohamad - “Dia Mengandung Cantik Betul… Aku Dah Rupa Mak Lampir”

gempak
05/04/2023
08:51 MYT
Cantik Elvina!
Laman Utama

Elvina Mohamad ‘Annoying’ Dengan Kenyataan PU Syed Persoal Kemenangan Michelle Yeoh - “Kalau Para PU, Dai, Ustaz Buat Hal…”

gempak
15/03/2023
08:50 MYT
Salah ke ucap tahniah?