,
Hiburan

Bernadya Selamatkan Nyawa Content Creator Malaysia Menerusi Lagu

Maliah Surip
26/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi asal Indonesia yang kini cukup popular dalam kalangan pendengar generasi muda, Bernadya mendedahkan ada dalam kalangan peminat mengaku membatalkan niat melakukan perkara buruk terhadap diri sendiri selepas mendengar karya-karyanya.

Inspirasi kepada diri

Bernadya, 20, terkenal menerusi karya-karya yang memberi inspirasi kepada diri untuk meneruskan kehidupan meski telah melalui banyak perkara buruk dan menyedihkan.
Antara lagunya yang sangat hit saat ini adalah Untungnya, Hidup Harus Tetap Berjalan yang telah ditonton sebanyak 33 juta tontonan di YouTube sejak disiarkan pada Jun lalu dengan 100 juta pendengar telah memutarkan album terkininya di Spotify.

“Baru ada semalam seorang content creator (pembuat konten) sewaktu kami bergambar dia mengaku lagu-lagu saya telah menyelamatkan nyawanya. Dia berhenti self harmed.

“Dia mendengarkan lagu Untungnya, Hidup Harus Berjalan. Itu sangat mengharukan,” ujar Bernadya saat ditemui media di The Bee, Publika.

Teruja dengan sambutan

Pada pertemuan sama, penyanyi dan penulis lirik yang juga mahir memetik gitar itu mengaku teruja dengan sambutan yang diterima di sini.

“Saya tidak sangka diterima dengan sangat baik di Malaysia. Saya belajar banyak hal-hal yang baru di sini, orang Malaysia juga sangat ramah,” katanya.

Bernadya berada Malaysia untuk melengkapkan tour Berjalan di lima kota dengan Kuala Lumpur sebagai destinasi terakhir. Dia mengadakan showcase dengan mendendangkan 11 buah lagu pada pertemuan perdana bersama peminat di tanah air.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Viral

Nak Keluarkan Duit Tapi Duit Tak Ada

gempak
04/10/2024
12:55 MYT
Dia dikhabarkan mahu mengeluarkan wang yang berjumlah 100 juta Rupiah (RM 272,945) namun dia sebenarnya tidak mempunyai akaun simpanan di bank tersebut.
Hiburan

Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu

gempak
04/10/2024
08:46 MYT
Penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo mengumumkan telah bercerai dengan suami, Arya Khan.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
Hiburan

Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"

gempak
02/10/2024
08:43 MYT
Pelakon popular Anna Jobling mendedahkan kejayaan menakluki pasaran perfileman Indonesia menerusi dua filem terbarunya, Lembayung dan Laut Tengah tidak datang dengan mudah dan dicapai tanpa sebarang bantuan daripada kroni atau individu berpengaruh.
BorakSeeni