gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Aku Pernah Dinasihatkan Untuk Pergi Jumpa Pakar Sakit Jiwa Kerana…” - Namron
HIBURAN
Sedang Kenali Doktor Muda Dari Kelantan, Zaiton Sameon Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Semula? - "Dia Murah Senyuman, Kalau Nampak Kami Mesra Itu Kerana ..."
HIBURAN
Dulu Kerap Buat Content Bersama Kini Sepi, Rumah Tangga Pempengaruh Popular Didakwa Goyah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Berlatih 3 Bulan, Dapat RM500 Je" - Fazleena Dedah Pernah Dapat Bayaran Tak Setimpal Dalam Produksi Teater

Amri Hassan
Amri Hassan
18/07/2025
09:14 MYT
Sponsor Banner
"Berlatih 3 Bulan, Dapat RM500 Je" - Fazleena Dedah Pernah Dapat Bayaran Tak Setimpal Dalam Produksi Teater
Pelakon dan penulis, Fazleena Hishamuddin, mendedahkan pernah menerima bayaran hanya RM500 walaupun menjalani latihan teater selama hampir tiga bulan dalam sebuah produksi kira-kira 15 tahun lalu.

“Latihan hampir tiga bulan, tapi saya cuma dapat RM500. Itu pun selepas persembahan tamat,” katanya.

Fazleena, 42, ketika itu terlibat secara belakang tabir dan menyertai produksi tersebut kerana minat serta mahu timba pengalaman dalam dunia teater. Walaupun sudah lama berlalu, pengalaman itu tetap meninggalkan kesan dalam dirinya.
Walaupun sedar industri teater tak menjanjikan pulangan besar seperti filem atau drama, Fazleena tetap tidak bersetuju jika ada pihak produksi mengambil kesempatan terhadap tenaga pelakon dan kru.

“Kalau produksi dah dapat tajaan atau kutipan tiket tinggi, tapi tak beri ganjaran setimpal kepada orang yang bekerja keras, itu dah jadi eksploitasi.

“Tak minta semua orang dapat sama rata, tapi berilah hak yang sepatutnya. Penerbit patut jujur dan telus dalam urus duit. Kalau untung lebih, kongsi sama,” tegasnya.
Tambah Fazleena, teater mungkin bukan lubuk duit, tapi ia tempat belajar nilai sebenar seni termasuk disiplin, persahabatan dan pengorbanan.
Dalam perkembangan lain, Fazleena kini terlibat dalam pementasan teater Persiapan Seorang Aktor bersama dua nama besar, Nam Ron dan Aloy Paradoks. Teater tersebut sedang berlangsung di Nero Event Space, PJPAC, dari semalam hingga Ahad ini.
Pementasan ini mengangkat kisah seorang pelakon lelaki yang terdesak mengejar kesempurnaan lakonan dan mahu melangkaui kehebatan legenda seni pentas dunia. Penonton akan dibawa menyelami cabaran mental, emosi dan spiritual dalam dunia teater yang penuh tekanan dan cinta terhadap seni.
Tiket boleh didapati di www.onetix.com.my pada harga RM58, RM78 dan RM98.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Teater
#Bayaran
#Fazleena
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement