,
Laman Utama

Berkecai Hati Safwan Nazri Dapat Tahu Isteri Keguguran Anak Sulung Ketika Shooting MALBATT: Misi Bakara Di Turki!

Asyikin Mayudin
09/08/2023
08:50 MYT
Perasaan teruja dapat jalani penggambaran filem MALBATT: Misi Bakara di Tukri hilang apabila pelakon Safwan Nazri menerima panggilan daripada isteri yang mengalami keguguran anak pertama mereka.
Usia kandungan sudah cecah empat bulan, Safwan mengakui dia hampir tidak mahu meneruskan penggambaran filem itu disebabkan terlalu sedih dengan berita tersebut.
"Sewaktu saya terbang ke Turki untuk penggambaran filem MALBATT, isteri saya sedang hamil empat bulan. Tapi beberapa hari tiba di sana, saya dapat panggilan daripada dia.
“Isteri saya beritahu yang dia mengalami keguguran. Perasaan teruja nak berlakon dengan pelakon hebat, tiba-tiba hilang sebab rasa nak balik Malaysia,” katanya.
Safwan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya berjudul Malbatt: Misi Bakara yang diadakan di GSC, IOI Mall Putrajaya, pada Selasa.
Dalam pada itu, Safwan bersyukur apabila dia akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia enam bulan dan diberi nama Cinta Sofia.
Berkongsi mengenai perlibatannya dalam filem arahan Adrian Teh itu, Safwan berbangga apabila dipilih untuk berkerjasama dengan barisan pelakon hebat tanah air.
"Pengalaman saya dalam filem ini sebenarnya sangat gembira. Awalnya saya pergi casting dan saya fikir saya tidak akan terpilih. Tapi tiba-tiba dapat mesej daripada team produksi dan beritahu saya dapat, memang gembira.
"Lebih-lebih lagi dapat berlakon sekali dengan aktor-aktor hebat tanah air macam Hairul Azreen, Bront Palare dan ramai lagi," tambahnya.
Selain Safwan, filem yang menelan kos belanja sebanyak RM20 juta itu turut membariskan pelakon seperti Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Bront Palarae, Tony Eusoff, Zahiril Adzrin, Iedil Putra dan ramai lagi.
MALBATT: Misi Bakara bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Ogos ini.
BACA SINI: [VIDEO]: “Cukup Sifat, Sempurna Tapi Allah Sayangkan Dia” – Safwan Reda Isteri Gugur, Ucap Terima Kasih Kerana Kuat Hadapi Dugaan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Terpaksa Berjalan Tepi Makhluk Berselubung Kain Batik Waktu Senja, Nadhir Nasar Kongsi Kisah-Kisah Seram Di Universiti

gempak
03/06/2024
12:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar berkongsi kisah seram yang dialami ketika menyambung pengajian di sebuah universiti tempatan di Melaka.
Laman Utama

'MALBATT: Misi Bakara' Bongkar Kisah Benar Kejadian Black Hawk Down - "Filem Ini Memang 90 Peratus Adalah..."

gempak
08/08/2023
11:50 MYT
Jom tengok guys
Terkini

“Bukan Nak Kata Saya Mahal, Tetapi…” – Shahiezy Sam Terima Bayaran Setimpal Dengan Bakat Lakonan

gempak
20/09/2022
06:00 MYT
Shahiezy Sam bayaran filem Malbatt: Misi Bakara
Laman Utama

Pernah Cakap Tak Nak Tayang Badan, Ikhram Juhari Tarik Balik Kata-Kata Demi Kerja! - "Saya Fikir Banyak Kali..."

gempak
14/09/2022
13:00 MYT
Ikhram Juhari akhirnya terpaksa tayang badan
Laman Utama

[VIDEO]: “Cukup Sifat, Sempurna Tapi Allah Sayangkan Dia” – Safwan Reda Isteri Gugur, Ucap Terima Kasih Kerana Kuat Hadapi Dugaan

gempak
23/06/2022
08:00 MYT
Semoga diberikan rezeki yang lain dan dipermudahkan urusan.