,
Laman Utama

Berkat Restu Ibu, Minum Susu Atas Bas, Kemenangan Bell Ngasri Lambang Kualiti Di Atas Populariti

Maliah Surip
23/07/2023
03:45 MYT
Entah apa yang sedang dilakukan Bell Ngasri hari ini selepas dijulang Bintang Paling Popular ke-35 menerusi sebuah anugerah lewat malam tadi.
Mungkin sedang diraikan keluarga, sahabat ataupun peminat — yang akui Bell saat di atas pentas sebagai ‘entah datang dari mana kerana saya tiada kelab peminat’.
Atau Bell yang lebih akrab disapa Barkoba lewat kebelakangan ini serta laungan Yak Yak Yeay yang menjadi trademarknya sedang menggilap bukan satu tapi dua trofi yang digenggam selepas 37 tahun menjadi pelaku seni.
Jika tidak menang, tidak ramai yang tahu kesukaran Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 42, berdepan dilema yang dilalui dalam dunia seni hiburan.
Hanya selepas dinobat paling popular, Bell memuntahkan semua perasaan yang sarat ditanggung.
BACA: Yak Yak Yey! Tepati Ramalan, Bell Ngasri Diumum Bintang Paling Popular! Ini Senarai Penuh Pemenang ABPBH 35
BACA: “Sepanjang Hidup Saya Lalu Belakang…” Bell Ngasri Muncul Di Red Carpet, Mahu Enjoy Siap Datang Jadi Barkoba

Mama angkut naik bas mini

Paling utama, dalam kesemua ucapannya dapat kita hadam bahawa restu dan doa manusia paling kuat di dalam dunia iaitu ibu adalah kunci terhadap kejayaan Bell.
“Saya ingat Mama, dialah yang nak sangat anaknya berlakon.
“Masa kecil, saya enam tahun, adik tiga dan dua tahun mama angkut naik bas mini. Bawa beg dan menyusu bergilir-gilir dalam bas.
“Ini (kemenangan) hadiah untuk dia. Dia (ibu) yang nak sangat anak dia berlakon sampai sekarang. Ah Bell dah buat,” dedah Bell seraya disambut sorak dan tepukan tetamu yang memenuhi ruang Istana Budaya.
Sementara di rumah, seluruh Malaysia yang menyaksikan ucapan Bell barangkali ikut kembang hati dan sebak.
Apa lagi saat Bell membuka cerita: “Sekecil-kecil watak, belakang hero, di celah-celah orang, muka inilah yang orang layan time iklan jika ada majlis seperti ini tapi saya bersyukur ada orang yang minat.
“Akhirnya hari ini menjadi bukti. Terima kasih semua,” katanya lagi.

Kenangan Mamat Khalid

Tidak mahu khalayak melupakan jasa sutradara Allahyarham Mamat Khalid yang mencipta watak Barkoba lewat siri 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa, Bell juga membuat satu pendedahan.
Dia mengaku adalah pelaku seni yang hanya tahu bekerja dan tidak memerlukan populariti.
Tetapi setelah 37 tahun, kualiti yang tidak pernah berkurang dicurahkan daripadanya akhirnya membawa Bell ke tangga teratas populariti.
“Allahuakhbar, bersyukur ke hadrat Ilahi saya adalah antara orang yg pernah cakap tak perlu populariti, tak bergantung dengan benda ini tapi masih ada industri,” katanya.
Dan melalui Bell kita percaya dalam apa keadaan sekalipun yang dipandang lebih tinggi adalah kualiti kerana ia berkekalan, namun populariti adalah seperti air laut yang ada pasang dan juga boleh surut lalu dibawa ombak dan tidak pulang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.