,
Laman Utama

Berita Gembira! Tambang Percuma Buat Semua Guna Perkhidmatan Rapid KL & KTMB!

Muhammad Ridhwan Roslan
16/06/2022
11:27 MYT
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL bakal diberikan tambang percuma selama sebulan bermula hari ini.
Berita gembira itu disampaikan ketika pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu, hari ini.
“Sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, saya dengan sukacitanya mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini," kata beliau.
Dalam pada itu, perlancaran stesen MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu ini membabitkan 17.5 kilometer (km) meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang.
Sembilan stesen baharu yang dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.
Turut menyambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai tambang percuma ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga turut memberikan perkhidmatan percuma kepada perkhidmatan KTM Komuter di 57 rangkaiannya bagi laluan Lembah Klang.
"Laluan ini meliputi Batu Caves - Pulau Sebang (Tampin), Tanjung Malim - Pelabuhan Klang dan sebaliknya termasuk perkhidmatan Skypark Link yang beroperasi untuk laluan antara KL Sentral ke Terminal Skypark, Subang," kata KTMB menerusi satu kenyataan rasmin dikeluarkan.
Tambah KTMB lagi, pengguna yang menggunakan kad Touch n Go perlu mengimbas kad tersebut di pintu masuk dan pintu keluar bagi tujuan pemantauan dan rekod. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pusat panggilan KTMB.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.