,
Berita

"Beristirahatlah Dengan Tenang Cintaku”- Surat Terakhir Suami Buat Sridevi

Syafiqah Jalal
03/03/2018
05:32 MYT
Selepas pemergian pelakon legenda Bollywood, Sridevi, 54, Sabtu lalu, suami mendiang Boney Kapoor meluahkan perasaan di akaun Twitter milik sterinya itu.
Dalam surat yang ditulis pada 1 Mac lalu, Boney mengungkapkan rasa cintanya kepada Sridevi yang sudah lebih dari 20 tahun menjadi isterinya.
“Kehilangan teman, isteri dan ibu kepada dua anak perempuan adalah kehilangan yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata.
"Saya ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada keluarga, teman, dan semua peminat Sridevi yang tidak terkira jumlahnya dan setia berdiri bersama kami teguh seperti batu.
“Saya juga rasa bertuah dengan sokongan dan kasih sayang dari Arjun dan Anshula yang juga menjadi tiang kekuatan buat Khushi dan Janhvi. Bersama sebagai keluarga, kami cuba untuk menghadapi kehilangan yang tak terjangka ini.
"Kepada dunia, dia adalah 'Chandni', pelakon yang sangat baik, Sridevi mereka. Tapi bagi saya, dia adalah cinta, teman, ibu kepada anak perempuanku, pasangan hidupku. Bagi anak perempuan kami, dia adalah segalanya, hidup mereka. Dia adalah paksi utama dalam kehidupan keluarga kami.
"Saat kami mengucapkan selamat tinggal untuk isteriku yang tercinta dan mama bagi Khushi dan Jhanvi, saya berharap sesuatu. Mohon hormati permintaan kami untuk berduka secara peribadi. Jika anda ingin berbicara mengenai Sri, biarlah ia menjadi kenangan istimewa antara anda dan dia.
"Dia adalah seorang pelakon yang tidak akan terganti. Untuk itu, cintai dan hormatilah dia. Layar tidak akan turun dari kehidupan seorang aktor, kerana mereka akan selamanya bersinar di layar perak.
"Perhatian utama saya kini adalah untuk melindungi anak perempuan kami dan mencari jalan untuk terus melangkah ke depan tanpa Sri. Dia adalah hidup kami, kekuatan kami dan alasan mengapa kami selalu tersenyum. Cinta kami kepadanya tidak terbatas.
"Beristirahatlah dengan tenang, cintaku. Hidup kami tidak akan pernah sama lagi," tulisnya.
Surat yang penuh dengan rasa cinta dan kedukaan itu mendapat lebih 77,000 ‘like’, 22,000 retweet dan 3,900 komen dari pengikut di seluruh dunia, yang turut bersimpati dengan kematian aktres berbakat besar itu.
Sridevi meninggalkan dua anak perempuannya, Janhvi, 21 dan Khushi, 18 tahun. Sumber: Newsweek
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

Tiga Pasangan Setia Bercinta Sampai Lanjut Usia!

gempak
02/11/2024
07:00 MYT
Berikut adalah beberapa pasangan terkenal yang telah hidup bersama selama puluhan tahun.
Terkini

Pelakon Bollywood Govinda Tertembak Kaki Sendiri, Ini Perkembangan Terkininya

gempak
01/10/2024
05:55 MYT
Kejadian tersebut berlaku ketika Govinda sedang memeriksa pistil berkenaan sebelum berangkat ke Kolkata pada awal pagi Selasa.
Bollywood

Udit Narayan Terima Bayaran Cecah 7 Angka Jayakan Konsert Di Kuala Lumpur

gempak
24/09/2024
13:25 MYT
Penyanyi Bollywood terkenal Udit Narayan menerima bayaran mencecah jutaan ringgit bagi Konsert Udit Narayan Live in Kuala Lumpur, Disember depan.
Unitar