,
Laman Utama

Beri Telefon Pintar Kualiti Rendah Untuk Elak Main Game, Ramai Mengeluh... - "Nak Bantu Bagilah Yang Ada Kualiti"

Amri Hassan
15/06/2021
02:20 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa kerajaan sengaja memberikan telefon pintar berkualiti rendah kepada pelajar kerana beranggapan mereka akan menggunakannya bagi tujuan lain seperti bermain permainan video.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan seharusnya lebih mengutamakan aspek kualiti kerana pelajar akan menggunakan aplikasi yang memerlukan ruang peranti besar untuk melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
"Sengaja beri telefon kualiti rendah kerana bersangka buruk dengan pelajar. Nak bantu, bagilah yang ada kualiti. Pelajar boleh belajar dari Google Meet, Telegram dan YouTube. Memori telefon kena besar, nak buat panggilan video dengan guru.
"Kenapa nak susahkan pelajar?" ciapnya di Twitter beliau pada Isnin.
Nak bantu, bagilah yang ada kualiti. Pelajar boleh belajar dari Google Meet, Telegram, YouTube, memory phone kena besar, nak buat video call dengan guru, etc etc.
Kenapa nak susahkan pelajar? ??‍♂️ pic.twitter.com/rWuKZBH8kF— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 14, 2021 Perkongsian itu mendapat perhatian daripada pengguna Twitter yang turut berkongsi pandangan masing-masing.
"Adik Wani dapat phone tu, Google Meet dengan cikgu sekejap je terus bateri tinggal 15%. Kadang-kadang kasihan tengok.
"Boleh je tak nak bagi main game tapi phone kualiti okey. Carilah yang spesifikasi dia bukan untuk gaming.
"Kalau pelajar main game pun apa salahnya. Waktu pandemik ni tak tiada aktiviti sukan jadi permainan video adalah platform relevan untuk hilangkan stress.
"Saya sebagai guru kecewa dengan tindakan sebegini. Bukan setakat mengganggu murid nak belajar, ia mengganggu guru memberi input berkesan kepada murid. Dah lah setiap subjek ada group masing-masing. Mereka wajar diberikan peranti terbaik.
Pada Ahad, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud memaklumkan bahawa pengedaran 20,000 telefon pintar kepada pelajar dari keluarga B40 bagi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) adalah dikhususkan untuk pembelajaran semata-mata.
Beliau berkata, tindakan tersebut dapat mengelakkan pelajar daripada penyalahgunaan peranti terbabit bagi tujuan seperti bermain permainan video.
Sebelum ini juga tular di media sosial video dimuat naik seorang YouTuber mendakwa sebuah syarikat telekomunikasi membekalkan telefon bimbit tidak berkualiti kepada pengguna di bawah subsidi Jaringan Prihatin bagi tujuan PdPR untuk golongan B40.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.