,
Laman Utama

Beri Teladan Tak Baik, Bapa Beri ‘Iron Man’ Dadah Sejak Usia 6 Tahun

Maliah Surip
05/12/2022
14:50 MYT
Salah seorang aktor Hollywood dengan bayaran termahal, Robert Downey Jr mendedahkan dirinya sudah mengenali dan mengambil dadah sejak kanak kanak.
Malah, usianya baru enam tahun saat mencuba dadah; yang diberikan oleh bapanya sendiri! Dia kemudian kecanduan dadah dengan sangat teruk pada usia lapan tahun.
Pendedahan itu dibuat dalam dokumentari yang akan disiarkan di Netflix berjudul Sr, lapor Dailymail.uk
Menurut bintang Marvel itu, bapanya, Robert Downey Sr memberikan dadah jenis kanabis dan meminta dia mengambilnya daripada melarang dia bergelumang dengan najis dadah.
Ironi, seawal usia enam tahun juga pemegang watak ikonik Iron Man itu telah mengambil minuman keras dan ia sama sekali tidak dilarang oleh bapanya.
Namun bapanya hanya menyesali perbuatannya membuat kehidupan aktor itu rosak, kecanduan dadah dan pernah dipenjarakan beberapa tahun selepas itu.
Sr mengaku telah melakukan perbuatan bodoh dengan memberikan anak berusia enam tahun menghidap dadah.
Dalam dokumentari yang dibikin selama tiga tahun itu juga, ia memaparkan betapa teruk cara didikan yang diterapkan terhadap Downey termasuk mengajar bintang itu menonton filem porno.
Di sebalik semua kegagalan dan kehidupan masa silam yang sangat kelam itu, bintang yang kini berusia 57 tahun akhirnya berjaya melepaskan diri dari semua masalah buruk yang dilalui sejak kanak kanak.
Downey pada 1999, memberitahu mahkamah dia berterima kasih kepada bapanya yang memperkenalkan dadah pada usianya enam tahun dan menjadi penagih dua tahun kemudian.
Ia menyifatkan hal itu sebagai perkara terburuk yang telah menghancurkan kehidupannya dan dengan jelas telah dilakukan oleh bapanya sendiri.
Downey bagaimanapun enggan mengulang ingat kejadian lampau dalam hidupnya dengan lebih lanjut.
“Saya rasa kita patut melupakan perbincangan tentang kesannya terhadap saya.”
Bapanya meninggal dunia pada usia 85 tahun kerana penyakit parkinson di tahun 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Berita

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

gempak
17/09/2024
18:50 MYT
Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.