,
Hiburan

Beri Sokongan Kepada Pengkarya Filem Tempatan, Digital Content Connection & ACE Pictures Jalin Kerjasama

Kamaruddin Razal
07/10/2019
03:26 MYT
Sejajar dengan perkembangan dunia digital yang semakin pesat membangun di serta dunia, Digital Content Connection (DCC) menjalin hubungan dengan ACE Pictures menerusi sebuah perjanjian kerjasama.
Menerusi kerjasama tersebut, DCC dan ACE Pictures akan menyediakan sokongan terhadap bakat tempatan, terutamanya dalam industri perfileman, terutamanya yang melibatkan dunia digital.
DCC akan menggalas tanggungjawab untuk mewujudkan sistem sokongan bagi memberikan nasihat dan pandangan dalam pembangunan projek filem untuk pembikin filem.
ACE Pictures pula akan mengenalpasti, membuat kajian dan menyediakan dana kepada projek yang layak serta menepati syarat yang ditetapkan agar menarik minat pasaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif ACE Pictures, Johnny Chang, melihat kolaborasi ini sebagai satu kerjasama yang menarik dan memberi impak positif kepada pengkarya filem tempatan.
"Kami teruja dengan jalinan kerjasama ini. Gabungan antara dua teraju ini dapat membantu untuk memasarkan karya penerbit filem tempatan yang mempunyai kualiti terbaik dalam naskah mereka di peringkat antarabangsa.
"Kami bukan sekadar mahu menyediakan dana semata-mata... Besar impian kami untuk melihat pengkarya tempatan menggapai kejayaan di persada global.
"Menerusi rangkaian hubungan kami, terutamanya dengan pengarah, penerbit dan pengedar di Amerika Syarikat, kami mahu melihat karya berkualiti tempatan mempunyai tempat di mata dunia," katanya.
Di majlis yang sama, 'media presentation' untuk Digital Content Connection (DCC) juga telah diadakan.
Mempunyai objektif untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kebolehan tinggi dalam kreativiti digital, DCC merupakan sebuah organisasi baru yang diketuai oleh mereka yang mempunyai pengalaman luas selama lebih 40 tahun dalam industri kreatif.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Content Connection, Datuk Raja Aznil Raja Hisham tidak mahu melihat pembaziran bakat yang ada pada pengkarya tempatan kerana masalah dana.
"Masalah dana memang menjadi sesuatu yang sering diperkatakan dalam dunia perfileman. Kami tak mahu masalah sama berlaku berulang kali.
"Selain mahu memasarkan Malaysia sebagai rakan kolaborasi ideal untuk hub kreatif dan kandungan digital, DCC juga akan terlibat dalam meningkatkan kemahiran serta teknologi untuk memudahkan pengeluaran filem, kesan efek khas, animasi, permainan dan banyak lagi," kata Aznil.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Berita

Penunggang Motosikal Terbunuh Dilanggar Lori Berundur Secara Tiba-Tiba

gempak
24/11/2024
02:45 MYT
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, di sini, pada Sabtu.
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Unitar