KELUANG MAN
Beri Sepenuh Jiwa Raga Untuk Keluang Man, Nas Syukur Dapat Reaksi Positif - “Alhamdulillah Bila Orang Dah Suka Dengan Hasil Kerja Kita Maknanya…”
Pelakon, Nas Muammar Zar menyatakan rasa syukur selepas mengetahui lakonannya dalam filem superhero ikonik negara, Keluang Man mendapat reaksi positif penonton.
Berdebar tunggu reaksi
Menurut Nas, pada mulanya dia berasa gementar menanti penerimaan penonton dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan.“Tetapi kalau itulah reaksi daripada orang ramai terhadap filem ini, saya rasa sangat bersyukur,” katanya ketika ditemui Gempak.“Alhamdulillah tak tahu nak cakap apa, tak terkata. Saya rasa sangat rendah diri, tak tahu nak gambarkan perasaan ini bagaimana.
Dedikasi seluruh jiwa pada Keluang Man
Mengulas mengenai wataknya, Nas berkata dia benar-benar mendedikasinya seluruh jiwanya terhadap karakter Keluang Man.“Dan bila orang bagi kata-kata macam ni saya rasa bersyukur sebab apa yang saya buat sebenarnya ini betullah, betullah apa yang saya fikir itu,” ujarnya.“Alhamdulillah bagi saya bila orang dah suka dengan hasil kerja kita maknanya kita buat kerja tu dengan betullah. “Niat saya memang tak ada benda lain cuma nak bawa karakter ini dengan jayanya supaya dapat memikat hati penonton.
Terdahulu, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan pengarah terkenal, Syafiq Yusof juga turut menyambut baik kehadiran Keluang Man.
Menurut Syafiq, dia amat berpuas hati dengan penghasilan naskhah Keluang Man selain memuji pengarah filemnya iaitu Anwari Ashraf.
ARTIKEL BERKAITAN:Azizulhasni Pun Terjebak! Pengalaman Terbaik Tonton Keluang Man - “Memang Penuh Aksi, Disulami Dengan Babak Lucu Yang Buatkan Kita…”
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Yusof Puas Hati Dengan Keluang Man! Siap Puji & Bagi Rate 1000/10 - “Jujur Cakap Filem Ni Best Gila”
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Beri Sokongan Pada Kawan Baik, Tak Sabar Nak Tengok Nas Jadi Keluang Man - “Watak Borhan Memang Kena Dengan Dia”
ARTIKEL BERKAITAN:“Dah 10 Bulan Diet, Hanya Ambil Karbohidrat & Protein” - Nas Sanggup Korban Makanan Sedap Demi Keluang Man
Untuk info, filem ‘live-action’ Keluang Man ini merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Tiket filem Keluang Man sudah boleh dibeli bermula 21 Mei di pawagam seluruh negara.
Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘ sneak preview’ pada 28 Mei, iaitu satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Must-Watch Video