,
Hiburan

Beri Komen Berbaur Sensitif Tentang Palestin, Netizen Bandingkan Sikap Azhar Sulaiman Dengan Leona

Firdaus
17/05/2024
03:25 MYT
Susulan kritikan yang dilontarkan terhadap penyokong-penyokong gerakan Blockout 2024, pelakon Azhar Sulaiman teruk dikritik warganet di satu platform media sosial.
Menerusi beberapa tangkap layar komen Azhar di Instagram, dapat dilihat pelakon berusia 53 tahun itu mengarahkan penyokong aktiviti memboikot tersebut untuk pergi sendiri ke Palestin berbanding hanya bercakap dalam dunia maya.

"Buang masa nak mempertahankan Hamas...

Dalam masa sama, pelakon yang popular menerusi filem Abang 92 itu juga seolah-olah menyalahkan pejuang Hamas sebagai penyebab kehancuran di Gaza.
“Kamu semua patut pergi ke Gaza sekarang tolong orang di sana bukan buang masa nak mempertahankan Hamas serang pada 7 Oktober tu berbaloi. Gaza dah hancur nak cakap apa lagi,” tulis Azhar.

Azhar Sulaiman Dibidas Netizen

Lantaran kenyataan itu, rata-rata netizen mula membidas kata-kata Azhar serta membandingkan sikap dirinya dengan anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang tetap pendirian menyokong Palestin.
“Bayangkan walaupun ada kaitan darah tapi tetap berani menentang sikap bapa dia yang memalukan, itulah kekuatan sebenar!”
“Hari tu bapa dia cakap tak nak anak dia buat benda bodoh, tapi ini anak dia yang lagi bijak daripada dia,”
“Bukti kebodohan tidak diwarisi.” Terdahulu, Leona sebelum ini mengeluarkan kenyataan menyatakan dirinya tidak bersependapat dengan bapanya berkaitan konflik yang berlaku di Palestin.
Leona juga mengakui bahawa dirinya sentiasa bersikap Pro-Palestin kerana mengetahui kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis.

BERITA TRENDING: “Sedang Saya Berjalan Menuju Masjid Al-Aqsa, Seorang Wanita Palestin Berpesan…” - Leona

Sekadar info, kempen Blockout 2024 juga tular di seluruh dunia di mana gerakan itu menyarankan untuk memboikot mana-mana artis atau pempengaruh yang tidak menggunakan platform mereka untuk bersuara tentang Palestin.
Beberapa artis tanah air turut terkesan dengan gerakan itu sehinggakan ada yang meminta maaf atas tindakan mempromosikan barangan yang didakwa menyumbang kepada Israel.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.