,
Laman Utama

Beri Keterangan Kes Fitnah, Penampilan Che Ta Termasuk Sepatu Jingga Tinggi Curi Tumpuan

Maliah Surip
18/08/2021
05:50 MYT
Penampilan aktres Rozita Che Wan yang hadir memberi keterangan selepas dirinya didakwa memfitnah seorang pengacara di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur mencuri tumpuan.
Hal itu kerana pelakon berusia 49 tahun ini kekal berfesyen dan melaram cantik ke balai polis seperti kebiasaan yang ditonton di kaca televisyen atau dalam laman sosial Instagramnya.
Masih kekal dengan imej bulu mata palsunya, pemilihan pakaian dari rona warna 'menjerit' seperti jingga yang digayakan isteri Zain Saidin ini bukan sahaja menarik perhatian media, tetapi netizen yang mengikuti sesi live temu bual bersamanya semalam.
Malah sewaktu ditanya media mengenai penampilannya yang tidak pernah 'biasa biasa', Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta hanya ketawa.
"Kami pakai apa yang ada saja. Musim PKP ni saya penat pakai baju melaram di rumah. Jadi saya pakai ke balai polis," katanya berseloroh.
Selain busana yang dipakai, ada netizen yang tertarik dengan sepatu tinggi warna jingga yang dipakai pelakon Kiah Pekasam ini.
Saat ditanya jenama sepatu tinggi jingga itu, Che Ta sedikit terkejut. Namun dia kemudian menjawab soalan yang dilontarkan kepadanya.
"Oh kasut ini? Ini dari Christian Louboutin," katanya sambil tersenyum.
Diketahui, Christian Louboutin merupakan jenama asal Perancis yang memulakan empayar bisnes sepatu pada tahun 1991.
Selain sepatu tinggi, tas tangan merah jambu yang dibawa Che Ta juga menarik perhatian.
Bukan kaleng kaleng, tas tangan tersebut juga dari jenama mewah antarabangsa, Hermes.
Sekadar info, Che Ta adalah salah seorang selebriti tempatan yang gemar berfesyen dan memiliki koleksi pelbagai jenama fesyen dari dalam dan luar negara.
Terdahulu, dalam perkembangan kes fitnah yang terkait dengan dirinya, Che Ta mengatakan telah memberi kerjasama kepada pihak polis dan berharap dapat menyelesaikan kemelut yang melanda dalam keadaan baik.
Kontroversi tercetus apabila Azwan Ali menegur cara berpakaian seorang selebriti wanita di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima suntikan vaksin.
Selebriti wanita itu kemudiannya bertindak membalas ciapan di Instagram kerana terkejut dengan perkataan 'b*rit mak hang' yang ditulis pengacara sensasi berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.