Hiburan
Berhenti Merokok Sejak Kematian Adik, Berat Badan Hattan Mula Bertambah - "Dua Minggu Pertama Memang Gigil..."
Sejak berhenti merokok, penyanyi Datuk Hattan mendedahkan berat badannya kini semakin bertambah sehingga empat kilogram (kg).
Naik 4 kilogram
Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 59, memaklumkan dia nekad untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat selepas pemergian Allahyarham adiknya, Mohd Hatta pada April lalu.
“Saya berhenti merokok sejak kematian adik pada April lalu dan alhamdulilah sejak hari ini tak hisap rokok, dua minggu pertama berhenti tu memang gigil nak lawan tapi sekarang okay.
“Adik saya kuat hisap rokok boleh dikatakan berkotak-kotak tiap hari tapi bukan saya katakan punca dia meninggal sebab rokok, jadi saya tiap-tiap hari doa untuk henti rokok selepas adik meninggal.
“Kesan yang saya rasa selepas berhenti, kadang-kadang ada rasa nak marah sahaja tapi selera makan memang bertambah badan saya naik sampai 4 kilogram,” kata Hattan ketika ditemui Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Hattan Tak Jadi Bersara Selepas Terima Teguran Arwah Adik, Nekad Berhenti Merokok - “Selepas Dia Meninggal Saya Terus Tinggalkan”
ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Arwah Jay Jay Selamat Dikebumikan, Hattan & Zamani Antara Yang Hadir Beri Penghormatan Terakhir
ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Zainuddin, Kak KM & Datuk Hattan Kongsi Pencapaian Cemerlang Anak-Anak Dalam SPM
Sementara itu, pelantun lagu Mahligai Syahdu itu juga berkongsi dia lebih selesa untuk membuat persembahan nyanyian selepas berhenti merokok.
“Bila nyanyi dapat kawal pernafasan dengan baik dan dapat nyanyi lagu key tinggi jadi memang seronok dan selesa.
“Sebelum ini kalau merokok ada kahak di bahagian tekak,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain Hattan bakal mengadakan konsert Hitam Manis bersama Black Hanifah dan Hazama di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Febuari depan.
Must-Watch Video