HIBURAN
Berhenti Belajar ‘Law’ Demi Berlakon, Keputusan Erma Fatima Dapat Tentangan Daripada Keluarga - “Kalau Jadi Peguam, Berapa Tahun Lagi Nak…”
Pelakon dan penerbit Erma Fatima mendedahkan dia memilih untuk tidak meneruskan pelajaran dalam jurusan undang-undang selepas mendapat banyak tawaran berlakon.
Berhenti belajar
Menerusi perkongsian di sebuah podcast, Erma memberitahu keputusan itu mendapat tentangan daripada keluarganya yang mahukan dirinya menjadi seorang peguam atau doktor.
“Selepas saya berlakon dalam filem Rozana Cinta 1987, saya dapat banyak sangat tawaran berlakon. Waktu itu pula saya sedang belajar, saya ambil jurusan undang-undang dan mak saya pula nak saya jadi sama ada peguam atau doktor.
“Masa belajar terus terasa macam susah nak bahagikan masa sebab bila kita berlakon akan habis lambat dan sebagainya. Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti belajar,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Pernah ‘Join’ Kumpulan Jemaah, PU Syed Gesa Erma Fatima Buat Laporan Polis - “Saya Nak Minta Tolong…”
ARTIKEL BERKAITAN:Erma Fatima Kongsi Pengalaman 'Join' Kumpulan Agama - “Ada Budak Perempuan Beritahu Saya Yang Tok Guru Itu Telah….”
Impak besar
Malah Erma turut mengakui keputusan yang dibuat itu telah memberi impak yang besar dalam kehidupannya.
“Keputusan yang saya buat itu tinggalkan impak yang sangat besar dalam diri saya. Bukan mak ayah saya tetapi keluarga besar saya tak boleh terima.
“Mereka mengatakan bahawa mak saya telah membawa saya ke dalam satu kancah pelacuran. Saya ini pula seorang yang kalau saya nak sesuatu, saya nak juga,” ujarnya.
Tanggung adik-adik
Bagaimanapun, Erma kemudian berjaya membuktikan bakatnya dalam bidang lakonan dan menggunakan wang hasil titik peluh untuk menyara perbelanjaan adik-adiknya.
“Saya tahu dengan menjadi pelakon saya akan dapat duit banyak sebab lepas satu filem, satu filem. Kalau saya jadi peguam, berapa tahun lagi nak ada duit?
“Jadi, bila saya jadi pelakon, saya jaga adik-adik saya. Saya pesan pada mak untuk tidak mengeluarkan lagi belanja kepada adik-adik sebab saya nak tanggung,” ujarnya.
@legasipodcast OMG.. sampai macamtu sekali eh persepsi orang! Mesti tonton dalam Episod 30 Legasi; Sembang, Sambung! Tonton Episod baru minggu ini bersama Adlin Aman Ramlie & Dato Khairul Anwar Salleh di Youtube Legasi Podcast. #LegasiPodcast #FYP #ErmaFatima #Walid #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy♬ original sound - Legasi Podcast
Must-Watch Video