,
Hiburan

Berhabis RM500K, Hafiz Mahamad Arahkan Filem Pendek Misi Ainaa! - "Bukan Nak Kaut Untung, Saya Buat Demi ..."

Amri Hassan
23/02/2024
06:33 MYT
Selepas lebih tiga bulan 'hilang' dari media sosial, pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil dengan buah tangan pertama filem pendek arahannya berjudul Misi Ainaa.
Jelas Hafiz, dia telah membelanjakan kira-kira RM500,000 untuk menerbitkan filem pendek pertamanya itu.
"Kalau saya libatkan orang luar kos filem ini mungkin mencecah jutaan ringgit, tapi apabila kita buat sendiri menggunakan pasukan sendiri, saya yang tulis skrip dan saya sendiri yang berlakon, kos yang dapat dijimatkan sekitar 50 peratus.
"Saya keluarkan kos untuk filem ini lebih kurang RM500,000," ujarnya kepada Gempak.
Hafiz yang ditemui pada tayangan perdana filem pendek Misi Ainaa di IOI Putrajaya baru-baru ini memberitahu filem yang dihasilkan itu demi memberikan pengalaman baharu kepada kakitangannya dan tidak melibatkan keuntungan.
"Tidak pernah terlintas untuk menjadi pengarah dan menulis skrip, namun saya bersyukur diberikan ilham dan idea sewaktu menghasilkan Misi Ainaa.
"Semuanya saya lakukan demi abah dan mahu berikan satu pengalaman baru dan realisasikan impian staf saya.
"Apa yang kami buat tiada keuntungan daripada segi duit kerana semuanya ditayangkan di laman sosial, tiada kutipan tiket pun di pawagam.
"Namun mungkin ada peluang lain selepas ini, mungkin sudah ada kepercayaan daripada badan seperti Finas atau terbitan Ainaa Dokumentari di Netflix. Saya suka hasilkan sesuatu berdasarkan kisah benar," ujarnya.
Menerusi naskhah yang dimuatnaik di platform media sosial, filem bergenre aksi itu turut menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhiyan.
"Ia bermula dengan angan-angan dan apabila kami cuba risik mereka dan jelaskan pembikinan Misi Aina, Alhamdulillah semua pelakon tersebut berminat dan katakan ia satu naskah di luar kotak.
"Beto sendiri mengatakan nilai yang diterima bukan menjadi ukuran namun jalan cerita yang ditampilkan," tambahnya.
Keseluruhan jalan cerita dan skrip dinukil sendiri oleh Hafiz dengan mesej yang ingin disampaikan berkisar liku-liku perjalanan perniagaan bersama isterinya, Syafiqah Aina.
Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.
Komander Hafiz yang mendapat arahan daripada Jeneral Abah menyertai misi untuk menyelamatkan Aina serta pasukan lain.
Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.
Misi Ainaa bakal ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty mulai 22 Februari 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.