,
Laman Utama

“Bergelar Isteri Pada Lelaki Penyayang..” - Ainul Aishah & Khalid Redzuan Selamat Mendirikan Rumah Tangga

Azwa Rahman
20/09/2022
08:40 MYT
Selepas empat tahun bercinta, pelakon Ainul Aishah telah selamat berkahwin dengan kekasih hati yang merupakan seorang ahli perniagaan bernama Khalid Redzuan pada Ahad lalu.
Menerusi laman sosial Instagram, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 37, memuat naik momen indah sewaktu majlis pernikahan yang berlangsung untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas berkat doa semua. Urusan majlis perkahwinan kami dipermudahkan dan berjalan lancar. Saya bersyukur dengan semuanya, saya kini bergelar seorang isteri kepada lelaki yang paling penyayang.
“Saya bertuah dikelilingi ahli keluarga dan kawan-kawan pada hari bahagia saya. Memori ini akan kekal selamanya dalam hati dan saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini sangat istimewa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam majlis yang diadakan di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur itu, Ainul dan suami tampil cukup berseri dalam persalinan serba putih.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah dan selamat berbahagia buat Ainul dan Khalid dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.
Sekadar info, Ainul dan Khalid menjalinkan hubungan cinta sejak April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram miliknya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Disuruh Percepat Tarikh & Kahwin Di Pejabat Agama? Ainul Aishah Tak Sanggup! - "Hari Paling Sedih Sekiranya Saya….”

gempak
14/06/2021
01:17 MYT
Mereka tidak memahami apa yang saya mahukan sebagai pengantin perempuan.
Laman Utama

Ainul Aishah Rancang Nikah Hujung Tahun

gempak
31/03/2021
00:20 MYT
Umum mengetahui pelakon Ainul Aishah telah mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Khalid Redzuan Sabtu lalu.
Laman Utama

Tahniah...Ainul Aishah Selamat Bertunang

gempak
30/03/2021
04:00 MYT
Pelakon Ainul Aishah selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Khalid Redzuan pada Sabtu.
Berita

“What A Perfect Night, It Was”- Ainul Aishah Gembira Kekasih Raikan Sambutan Hari Jadi Di Bali

gempak
20/04/2019
03:53 MYT
Berita

"From Tembam To Skinny" - Peminat Minta Ainul Aishah Kongsi Rahsia Miliki Tubuh Badan Langsing

gempak
17/10/2018
01:45 MYT