,
Laman Utama

Berfoto Dan Peluk Patung Nazi, Anggota Grup K Pop GFriend Sowon Terima Padah

Maliah Surip
02/02/2021
00:20 MYT
Salah seorang anggota kumpulan GFriend, Sowon mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik dua keping foto dirinya berfoto dan salah satunya memeluk patung tentera Nazi di akaun Instagramnya, pada Ahad
Walaupun Sowon memadamkan foto tersebut setelah menyedari kesilapannya, namun bintang K Pop itu menerima padah apabila netizen pantas menyebarkan foto itu sehingga menjadi perdebatan hebat.
Sowon dipercayai merakamkan foto bersama patung Nazi tersebut di sebuah kafe sewaktu menjalani penggambaran pada November tahun lalu.
Tanpa menyedari pakaian yang dikenakan patung tersebut sensitif, foto yang diambil daripada penggambaran itu digunakan pada hujung minggu lalu.
Hal itu telah membuat banyak netizen mengecam tindakannya sebagai tidak sensitif dan gagal memahami sejarah.
"Nazi bukan kawan yang kita boleh peluk atau sayang. Mereka pembunuh. Mereka membunuh enam juga orang dengan 1.5 juta adalah kanak kanak," ciap seorang pengguna Twitter seperti yang dilaporkan CNN.
Meski demikian, ada juga penggemar Sowon yang membela anggota tertua daripada enam orang di grup K Pop tersebut.
"Dia seorang public figure dan telah cuai. Memang hal ini menimbulkan kritikan tetapi dia telah memohon maaf dan tidak akan mengulanginya," tulis seorang peminat.
Terdahulu, selepas tular mengenai foto tersebut, Sowon melalui agensinya, Source Music membuat permohonan maaf.
"Dia terkejut dan telah memadamkan imej tersebut. Dia juga berasa sangat bertanggungjawab setelah memuat naik foto itu.
"Kami ingin meminta maaf kerana tidak mengambil berat tentang props yang digunakan sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan masyarakat," tulis kenyataan tersebut.
Sowon memiliki lebih 800,000 pengikut di laman Instagramnya.
Kredit Foto: South China Morning Post
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”

gempak
02/09/2024
21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.