VIRAL
Berebut Tanah Pusaka, Sanggup Bunuh Abang Dengan Pedang Samurai
Seorang lelaki sanggup membunuh abangnya hanya kerana berebut tanah pusaka.
Kejadian menggemparkan itu menimpa Hendra, 55, yang mati di tangan adiknya, Prengki, 53, di Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat di Indonesia pada Sabtu.
Perebutan tanah itu dikatakan telah berlaku untuk tempoh yang lama.
Anak saudara mereka, Alfi, 28, memberitahu, Hendra sudah dilarang untuk bertemu dengan pelaku.
Mangsa bagaimanapun berdegil dan tetap berangkat ke Caringin Pasir Datar untuk menyelesaikan sengketa tersebut.
Tetapi, timbul pergaduhan mulut antara mereka.
Hendra bertindak keluar dari rumah adiknya dan diikuti Prengki yang meluru keluar sambil membawa pedang samurai lalu menikamnya.
Beberapa saksi turut menyaksikan pembunuhan tersebut dan bertindak segera melaporkan kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa memberitahu mereka menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada polis dan berharap pelaku menerima hukuman setimpal.
"Kami berharap dia akan dihukum walaupun dia adalah keluarga sendiri. Tetapi, apabila sudah membunuh darah kandung, ia bukan lagi perkara normal," tegas Alfi.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video