,
Laman Utama

Berdepan Hukuman Penjara, Katie Price Santai Bedah Payudara Kali Ke 13

Maliah Surip
13/12/2021
13:50 MYT
Model dan influncer media sosial, Katie Price nampak seperti tidak memperdulikan ancaman penjara yang bakal dihadapinya apabila tetap menjalani prosuder pembedahan payudara dan sedut lemak.
Malah, ini bukan kali pertama janda lima anak itu melakukan pembedahan untuk membesarkan payudaranya, tetapi sudah masuk kali ke 13.
The Sun melaporkan, Price juga dengan bangga telah berkongsikan momen perjalanan prosuder operasi bedah payudara yang dilakukan oleh seorang doktor, Doktor Frank Plovier dalam saluran YouTube miliknya, baru baru ini.
Ironi, dalam tempoh lima hari akan datang dia berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan kesalahan lalu lintas sehingga kemalangan sewaktu memandu kereta jenis BMW dalam pengaruh dadah.
Laporan sama mengatakan Price telah terbang ke Belgium untuk menjalani proses tersebut sekaligus tidak mendengar nasihat keluarga yang berasa dirinya sudah terlalu banyak menjalani pembedahan plastik pada bahagian payudaranya itu.
Bersama doktor yang telah menjadi ‘doktor peribadinya itu, Price juga telah melakukan operasi pembedahan pada wajah dan bahagian tubuh lain sejak bertahun lamanya.
Untuk pembedahan yang dilakukan kali ini, Price memberi alasan dirinya kelihatan berisi sewaktu melakukan Brazilian Bum Lift di Turki baru baru ini.
"Price berasa terlihat berisi usai menjalani Brazilian Bum Lift. Dia risau jika berat badannya semakin bertambah, dirinya akan mengalami kesukaran berjalan kerana pernah patah kaki sebelum ini.
“Keluarga membantah keinginannya (pembedahan) tapi apa yang telah direncana tidak mampu dibatalkan Price,” ujar satu sumber kepada portal tersebut.
Terdahulu, Price telah memasuki pusat pemulihan untuk merawat masalah ketagihan bahan terlarang selepas kemalangan berlaku. Namun pihak hakim tetap berpendapat dia perlu menjalani hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
Kredit Foto: BBC.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.