,
Hiburan

‘Bercinta’ Dengan Dongwan Di Kaca TV, Seo Yoon Ah Diugut Bunuh

Maliah Surip
14/04/2024
11:57 MYT
Aktres Seo Yoon Ah mendedahkan menerima banyak ugutan termasuk bunuh dalam kalangan peminat Dongwan dari Shinhwa.
Pendedahan tersebut dibuat selepas Yoon Ah dan Dongwan bergandingan dalam program Groom’s Class di saluran Channel A.

BERITA TRENDING: 6 K-Dramas for You to Binge on in April 2024

Pada program tersebut, keduanya kini dalam fasa ‘percintaan’.
Menerusi perkongsian di media sosial, Yoon Ah mendedahkan beberapa ugutan yang diterima daripada peminat Dongwon.
“Saya mempunyai kuasa luar biasa. Saya telah melakukan sumpah kepada anda baru-baru ini.
“Anda akan mati dalam beberapa tahun lagi. Tolong ambil serius dengan apa yang saya katakan. Ini bukan satu penipuan tapi anda memang layak menerima hukuman,” tulis seorang peminat kepada Yoon Ah.
Satu lagi ugutan yang diterima aktres tersebut berbunyi: “Tolong tinggalkan dunia ini.
“Saya mahu anda menerima hukuman paling berat di neraka. Saya mahu mencari alamat rumah dan menikam anda sampai mati.
“Saya sangat marah. Kenapa anda masih hidup?
“Saya mahu simbah minyak atau asid pada wajah anda supaya Dongwan tidak akan berjaya mengenali dan mencintai anda lagi. Anda patut sedar dunia adalah tempat yang ngeri.”
Ironi gandingan Yoon Ah dan Dongwan mendapat respons positif dalam kalangan penonton.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.